Header Ads

ads header

Flash News

Pas gesa kerajaan pertimbang RUU 355 disenaraikan


SHAH ALAM - Pas menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk menyenaraikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam sesi mesyuarat Parlimen kali ini dan akan datang.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, ia sebagai tanda komitmen kerajaan mengangkat institusi mahkamah syariah dan memperbaharui undang-undang berkaitan jenayah berkenaan di negara ini.

Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh, Kerajaan Persekutuan telah menyenaraikan 133 undang-undang yang akan dimansuhkan, dipinda dan digubal oleh kementerian-kementerian dalam sesi mesyuarat Parlimen kali ini dan akan datang.

"Namun, persoalannya, adakah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga disebut Akta 355 disenaraikan?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-73, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kuala Lumpur dilaporkan berkata, kerajaan bercadang memansuhkan, memperkenalkan dan meminda kira-kira 117 akta.

Katanya, ia turut melibatkan Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) serta Akta Universiti dan Kolej Universiti ( Auku) 1971.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Pas juga mahu supaya rang undang-undang (RUU) baharu yang akan digubal mesti dipaparkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

"Terdapat beberapa pemansuhan akta dan penggubalan RUU baru yang dijangka akan menimbulkan kontroversi antaranya RUU Harmoni Nasional, peruntukan hukuman mati, RUU Pembiayaan Politik, RUU Kebebasan Maklumat dan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976," katanya.

Usul RUU 355 dibentangkan kali pertama pada 26 Mei 2016 dan kemudiannya 24 November tahun sama. Pada 6 April lalu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membentangkan RUU 355 buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Berjuanglah bersama-sama menegakkan RUU355 bagi memartabatkan islam. Ayuh semua...

    BalasPadam