Header Ads

ads header

Flash News

Orang Permatang Pauh menangis kata Anwar, Jika Anwar bertanding di Pemantang Pauh Nurul Izzah pula meraung nasib pilu


Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyokongnya di Permatang Pauh menangis apabila mengetahui beliau akan bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

"Mereka kata kepada saya, kami sudah bersama kamu susah dan senang, dan kini kamu bakal jadi perdana menteri, tapi kamu bertanding di Port Dickson?" kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin di Thistle Resort, Port Dickson hari ini.

Tambah Anwar, beliau sudah menjelaskan kepada mereka bahawa meskipun kini perlu mengutamakan Port Dickson, Permatang Pauh tidak pernah jauh dari hatinya.

Malah, katanya, apabila menjadi perdana menteri kelak, bukan saja beliau perlu menjaga Port Dickson, tapi juga semua negeri.

Parlimen Permatang Pauh mempunyai sejarah yang intim dan panjang dengan Anwar dan keluarganya.

Ia merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi. Beliau menjadi wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sehingga 1995.

Pada pilihan raya umum (PRU) 1999, ketika Anwar dalam penjara, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kawasan itu dan berjaya mengalahkan lawannya dari Umno, Datuk Dr Ibrahim Daad.

Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi itu selama tiga penggal.

Beliau kemudian meletakkan jawatan pada Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK di kawasan itu.

PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 menyaksikan Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar.

Anwar kekal Ahli Parlimen selepas menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail pada PRU ke-13.

Bagaimanapun, pada 2015, Anwar hilang kelayakan sebagai penyandang kerusi itu selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

Pada 7 Mei 2015, Wan Azizah bertanding dalam pertembungan empat penjuru PRK Permatang Pauh dan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

Pada PRU-14 baru-baru ini, Anwar yang sekali lagi tidak dapat bertanding kerana masih berada di dalam penjara.

Anak Anwar, yang sebelum itu merupakan anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bertanding di Permatang Pauh dan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

Kini bebas selepas mendapat pengampunan diraja, Anwar akan bertanding di Port Dickson selepas penyandang kerusi itu Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan.

Seperti Wan Azizah di Permatang Pauh sebelum ini, Danyal mengosongkan kerusinya di Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen.


MR : Selepas ini rakyat pula menangis kerana kena kencing sekali oleh Anwar selepas di kencing oleh PH dan Mahathir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Para pengampu mahu melobi bakal 'PM' dengan pelbagai sokongan, pujian palsu dan air mata BUAYA ! Maklumlah mereka mahu mencari kekayaan dengan cara paling mudah.

    Mereka mendakwa kononnya mereka sudah bersama Nua Liberal 'susah dan senang' tetapi yang masuk penjara ialah Nua Liberal seorang ! Hairan ! Di mana mereka di waktu Nua Liberal berada dalam penjara?

    Parasit-parasit dan lintah darat seperti inilah yang telah mengampu abang Jib sehingga abang Jib jatuh terguling, kemudian mereka mengampu Maha Fir aun yang tertua di dunia dan akhirnya mereka akan mengampu Nua Liberal pula !

    Kasihan melihat manusia mencari rezeki dengan mengampu pemimpin.

    BalasPadam
  2. Di akhir zaman, sebilangan manusia yang sesat dan tidak bermoral cenderung untuk menyokong dan mengundi pemimpin-pemimpin sekular, liberal dan kafir harbi yang telah menentang, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Tanpa merasa malu dan segan, mereka menyokong dan membela pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral. Mereka menyokong dan mengundi bekas banduan liwat yang telah dipenjarakan oleh hakim berasaskan bukti dan saksi seolah-olah mereka menganggap bekas banduan liwat tersebut lebih baik dan mulia dari pemimpin yang baik dan berakhlak mulia.

    Inilah akibatnya apabila sekularisme, liberalisme dan pluralisme menjadi anutan mereka dan kehendak tidak rasional dan nafsu serakah mengatasi akal mereka sendiri. Dan mereka bertindak tanpa alasan yang rasional.

    Dan mereka menyokong dan membela kezaliman pemimpin-pemimpin zalim tersebut, maka sesungguhnya mereka tergolong kepada puak zalim dan berdosa besar !

    PEMIMPIN ZALIM - fenomena akhir zaman

    https://www.youtube.com/watch?v=uZ0fC0C9cuo

    BalasPadam
  3. Azmin: Budaya cium, dewakan pemimpin menular dalam PKR

    KUALA TERENGGANU, 2 Okt ― Datuk Seri Azmin Ali menggesa PKR meninggalkan “budaya Umno” yang suka mencium tangan, membodek dan mendewakan pemimpin yang didakwa menular dalam partinya.

    “Saya nampak budaya cium tangan seperti dalam Umno sudah berlaku dalam PKR sekarang,” kata timbalan presiden PKR ketika berkempen bagi mempertahankan jawatan itu.

    “Saya hendak ingatkan supaya semua anggota parti setia kepada perjuangan dan jangan taksub kepada pemimpin kerana budaya ini tidak sihat,” katanya lagi seperti dilapor Berita Harian.

    Sumber:

    https://www.projekmm.com/s/1678558/azmin-budaya-cium-dewakan-pemimpin-menular-dalam-pkr

    BalasPadam
  4. Sebilangan manusia sekular, liberal, plural, nasional dll berbangga menjadi hamba parti politik, hamba pemimpin politik yang zalim, hamba dunia, hamba artis, hamba hiburan, hamba wang, hamba arak, hamba judi, hamba nafsu serakah dll kerana mereka telah dilalaikan dan ditipu oleh kehidupan dunia yang sementara ini.

    Apabila kamu memberitahu Yahudi Zionis laknatullah bahawa umat Islam akan mengalahkan mereka, mereka akan ketawa dan berkata berita ini benar tetapi mereka juga akan berkata bagaimana boleh umat Islam mengalahkan Yahudi Zionis jika bilangan umat Islam yang solat subuh tidak seramai orang yang solat fardhu Jumaat ?

    Alhamdulillah kita umat Islam hanya menjadi hamba Allah Yang Maha Esa dan kita berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam kerana Allah. Dan kita percaya kehidupan akhiran adalah kehidupan kekal abadi.

    BalasPadam