Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Sebenar PKR adalah 40%, 60% lagi ahli hantu didaftar secara pukau


Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh gagal mengalahkan penyandang Ketua Cabang PKR Ledang, Dr Chong Fat Full semalam.

Chong, yang merupakan anggota dewan undangan negeri (ADUN) Pemanis, mempertahankan jawatannya dengan 541 undi sementara Syed Ibrahim hanya meraih 263 undi.

Anggota parlimen PKR Johor lain yang bertanding jawatan ketua cabang bagaimanapun berjaya menang. Mereka ialah Anggota Parlimen Choong Shiau Yoon, Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, dan Anggota Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon.

Lima jawatan ketua cabang lain dimenangi tanpa bertanding, iaitu Tenggara, Pangerang, Pasir Gudang, Parit Sulong, dan Ayer Hitam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Adzman Hedra berkata pihaknya berpuas hati kerana tiada kejadian atau masalah teknikal yang menganggu proses pemilihan yang melibatkan 24 cabang PKR di negeri itu.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Adzman sebagai berkata, hanya 10,725 dari 37,934 pengundi yang membuang undi semalam.

Peratusan keluar mengundi hanya 39.29 peratus di Segamat, 39.77 peratus di Pagoh, 37.10 peratus di Kulai, 35.92 peratus di Sekijang, 34.07 peratus di Simpang Renggam, 30.81 peratus di Bakri dan 30.61 peratus di Parit Sulong, sementara di cabang lain, hanya antara 11.72 peratus hingga 28.77 peratus anggota PKR mengundi.

Pemilihan itu menyaksikan 53 calon bertanding jawatan ketua cabang, sementara 163 yang lain bertanding jawatan timbalan ketua, naib ketua, dan anggota jawatankuasa.


MR : PKR adalah anak luar nikah UMNO. Jadi tak hairan kalau genetik UMNO masih menebal dalam PKR...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Tak kisah apa pun....tetapi jika di pemilihan ketua negara di buat cara ala Amerika, Anwar akan jauh meninggalkan lain2 pencabar termasuk Mahathir sendiri.

    BalasPadam
  2. Saya tidak menyokong Madir tetapi saya terpaksa berkata benar bahawa Madir adalah seorang pemimpin yang sangat cerdik dalam politik menyebabkan dia boleh berkuasa berpuluh tahun sebagai pemerintah dan kembali semula berkuasa setelah sekian lama berhenti dari menjadi pemerintah.

    Oleh sebab itulah Nua Liberal yang merasakan diri terlampau popular, kuat dan berpengaruh cuba menggulingkan Madir tetapi akhirnya Nua Liberal yang telah terguling ke penjara kena checkmate oleh Madir. Siapa cerdik?

    Barua-barua parti mata iluminati cukup-cukuplah mengampu Nua Liberal kerana laluan Nua Liberal bukan mudah kerana Nua Liberal terpaksa melalui dam ular untuk mencapai cita-citanya. Kemungkinan besar Nua Liberal akan gagal !

    Madir dan Nua adalah kepala bapak liberal yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam walaupun mereka berpura-pura bersimpati dengan umat Islam. Bahkan mereka sanggup berkerjasama dengan kepala bapak Zionis dan Syiah untuk berkuasa.

    Mahukah anda mengantikan harimau dengan buaya tembaga untuk menjaga keluarga anda?

    BalasPadam