Header Ads

ads header

Flash News

Daripada Mimpi Jumpa TGNA 15 kali kini Husam Cadang Tanam Ganja Pula


Cadangan supaya Malaysia memperkenalkan tanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan dilihat sebagai langkah terkedepan jika berjaya direalisasikan.

Senator Husam Musa berkata, tanaman ganja secara terkawal itu bakal diperkenalkan di Kanada bermula tahun depan dan turut akan diperkenalkan di Jerman serta beberapa negeri di Amerika.

"Ia mempunyai unsur-unsur kesihatan yang sangat kaya dianugerahkan Allah.

"Dari segi pengubatan kanser dia ada 36 elemen untuk perubatan kanser," katanya ketika berucap di program di Lembaga Kenaf dan Tembaga Negara di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Husam yang juga naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang berhasrat untuk membawa isu perubahan terhadap undang-undang melibatkan ganja ke kabinet.

Beliau berharap perubatan berasaskan ganja tidak dianggap sebagai jenayah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu isu perubatan berasaskan ganja mendapat perhatian selepas seorang pengamal perubatan berasaskan ganja, Muhammad Lukman yang dijatuhkan hukuman mati keranan memiliki 3.11 liter minyak kanabis, 279 kilogram ganja mampat dan 1.4 kilogram bahan mengandungi kimia asas tetrahydrocannabinol (THC) yang terkandung dalam ganja.

Sementara itu, Husam berkata penggunaan marijuana kesihatan itu merupakan bahan yang lebih baik bagi untuk kaedah kimoterapi bagi pesakit kanser.

"Pada hari ini kita menggunakan kimoterapi, bagaimanapun kimoterapi memberi kesan yang teruk kepada badan manusia, kerana sel-sel yang sihat juga terkesan susulan kimoterapi.

"Tetapi, kanabis yang digunakan untuk kimoterapi hanya mensasarkan sel-sel yang buruk untuk dihapuskan dan tidak memberi kesan yang teruk.

"Dan kanabis ini juga sangat berguna kepada perubatan HIV. Yang kita bincangkan adalah marijuana kesihatan," katanya.

Berkongsi maklumat yang diperolehinya daripada saintis Taiwan, Husam menjelaskan marijuana kesihatan tidak menghasilkan ketagihan bahkan ia boleh menghasilkan ketenangan.

Jika penanaman ganja itu diperkenalkan di Malaysia, katanya, ia bakal meningkatkan pendapatan rakyat.

"Di Australia marijuana dijual dengan harga 30-50 dolar Amerika untuk satu kilogram tapi insya-Allah marijuana kesihatan yang boleh dhasilkan ini boleh mencecah 5,000 hingga 10,000 dolar bagi satu kilogram.

"Bayangkan kalau orang Bachok boleh berubah daripada tanam tembakau kepada marijuana kesihatan insya-Allah pendapatan mereka akan meningkat. Inilah hasrat kerajaan Pakatan Harapan," katanya.

MR : Patutlah anaknya ditangkap jadi pengedar pil kuda.. Rupanya dia pun suka ganja....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Seorang pemimpin parti kuali imayam putumayam mahu memajukan negara dengan industri audio palsu, industri fitnah dan industri ladang ganja. Siapa boleh jamin ganja ini tidak akan disalah-gunakan? Siapa boleh jamin ganja ini tidak akan jatuh ke tangan rakyat untuk disalah-gunakan?

    Selepas ini apa pula? Ladang heroin, morfin dll? Kilang arak? Pusat judi terbesar di dunia? Pusat pelacuran ? Dari mana datangnya idea-idea gila dan terdesak ini?

    Sebelum ini pun pemimpin ini pernah melakukan salah laku dan membuat pelbagai janji yang 'hebat' di waktu dia menjadi exco tetapi semuanya janji palsu sahaja menyebabkan ahli-ahli parti Islam hilang kepercayaan dan menolaknya tanpa sebarang keraguan.

    Pemimpin ini pernah bersekongkol dengan dua ekor pemimpin biaDAP yang bernama 'N' dan 'N' untuk memusnahkan hutan balak sehinggakan menyebabkan banjir besar beberapa tahun terdahulu. Siapa yang menderita? Rakyat !

    Malangnya masih ada juga manusia bodoh mengundi pemimpin gred 'F' ini !

    BalasPadam