Header Ads

ads header

Flash News

Pemilihan PKR kini benar-benar kritikal, kata Zuraida


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata pemilihan PKR semakin kritikal sekarang dan pihak pengurusan parti perlu mengesahkan segala bentuk sabotaj sepanjang pemilihan berlangsung.

“Pemilihan PKR semakin kritikal sekarang. Dan, parti harus meletakkan titik noktah kepada perkara ini, sindrom menafi (denial syndrome),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sabotaj sewaktu perjalanan pemilihan PKR Kuala Selangor, di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.

Sebelum ini, calon ketua PKR Bahagian Kuala Selangor Jawairiya Zulkifli menemui “jammer” iaitu alat penghadang talian yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk stadium itu.


 Apabila ditanya tentang perkara itu, Zuraida menyifatkan ia sebagai satu bentuk sabotaj.

“Ini sabotaj, jelas sangat ianya satu sabotaj dan perkara ini serius.

“Penggunaan ‘jammer’ ini bukan sahaja mengganggu pemilihan di Kuala Selangor bahkan juga keseluruhan pemilihan parti,” katanya.

Tambahnya, pemilihan parti akan dibuat semula bagi bahagian Kuala Selangor dan Melaka ekoran aduan dan dakwaan sabotaj sewaktu pemilihan berlangsung.

“Amat mengejutkan, kita perlu buat semula pemilihan di Melaka dan Kuala Selangor,” katanya.


MR : Ini bukan pemilihan tapi perang saudara, tunggu selepas habis perang ada yang mati dan terkeluar....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mengaku menjadikan Malaysia berwajah baru tapi parti dan ahli bermentaliti lama. Sama macam Atok yang bermegah dengan status lama "Tiger Asia" tapi pada masa itu 100 bilion lesap tanpa jejak. Bukan calang2 orang yang kata tapi pengkritik utama atok iaitu LKS dan Barry Waine yang kata.

    BalasPadam