Header Ads

ads header

Flash News

Penjilat parti AMANAH pun serang pandangan Mujahid


Dulu ada heboh pasal Mohd Sayuti Omar menulis bergantung berapa yang diberikan. Dia berang dalam forum tersebut. Isu itu telah berlalu, saya pun tak banyak baca tulisan MSO kerana bagi saya tak ada apa yang menarik kalau setakat menulis untuk mengampu.

Dia sepatutnya menjadi penulis yang berpotensi maju ke hadapan setelah ramai penulis veteran meninggal dunia. Tapi bila dia menulis mengikut 'fulus' maka dia ditinggalkan pembaca. Tak hairan dulu blognya agak baik ranking terus malap sehingga hilang dalam senarai Alexa.

Dia tak boleh buat kawan. Semasa baik dengan Husam, apa tak ditulis kebaikan untuk Husam. Pergi mana pun dia akan bersama Husam. Beli burung di Thailand nak hadiah kepada Raja Perempuan kelantan pun dia buat. Bila tak setuju dengan Husam dia buat blog pasal baju petak 'keber' (bahasa negeri MSO) semua salah laku Husam. kemudian tak dapat 'habuan' dengan kerajaan PAS Kelantan dia serang PAS pula puji Husam semula melangit. Agaknya nak pujuk Husam supaya terima dia. Husam ni bodoh tapi taklah bodoh sangat dengan kelicikan MSO.Husam tak layan pun.

Dia kini serang AMANAH.
Engkau orang boleh baca artikel terbaru pasal MSO hentam Mujahid dan pimpinan AMANAH.

..........

Awas jangan 'Rahmantan Lil Alamin" Jadi Liberalisme Alamain Pula 


Status saya berjudul “Awas Jangan Rahmatan li alamin Jadi Liberalisme Li alamin Pula” mendapat reaksi agak panas. Bukan sahaja pelayar media sosial yang berkawan atau tidak dengan saya memberi komen, pro dan kontra, tetapi ada seorang dua pemimpin parti Amanah ikut sama memberi perhatian.
Salah seorang, pemimpin perempuan ikut sama whatsap kepada saya dengan menyinis saya, apakah saya membuat status itu setelah “bertabayyun” dengan Mujahid?

Saya nak jelaskan kepada pemimpin berkenaan dan juga mereka yang menyinis, atau tidak senang dengan status saya itu, apakah mereka faham dan membaca (juga tabayyun) status saya itu. Saya menulis status itu dengan memetik laporan akhbar atau portal berita.

Sama ada portal itu menepati seperti mana diperkatakan Mujahid atau tidak, itu soal lain, kerana saya awal-awal suah menjelaskan. Apabila saya memetik laporan itu bermakna status itu bersumberkan kapada laporan berkenaan. Menjadi tugasan Mujahidi pula untuk menjawab apakah portal berita berkenan memutarbelit kenyataanya, menokok tambah kenyataan atau tidak kerana beliau yang mahal arif.

Faham?

Soal tabayyun, atau memeriksa dengan Mujahid itu, rasanya tidak perlu bagi saya apalagi setelah mengenali pemimpin itu bukan seorang yang mesra dengan individu yang tidak ada kuasa media, seperti saya. Sebelum ini saya pernah whatsaap dan call beliau beberapa kali tetapi tidak dijawab, mungkin ketika itu telinganya tuli. Whatsaap saya untuk mengesahkan satu kenyataannya, dibaca tetapi tidak dijawab. Jadi apakah keperluan saya untuk menghubungi orang seperti ini.

Lantas itu saya menyifatkan Mujahid bukan seorang menteri yang mesra whatsaap atau mesra menjawab telefon daripada individu yang tidak mempunyai kuasa media.

Penjelasan ini harap menjawab pertanyaan sinis pemimpin perempuan parti Amanah itu yang bertanya apakah saya bertabayyun dengan Mujahidi atau tidak.

Perkara kedua, kena faham apakah tujuan status saya itu, dan ia dibuat bertolak dan bersendi daripada apa? Mereka yang tinggi ilmu politiknya serta tahu menyelami akan nawaitu status itu dapat faham dengan mudah.

Pengertian daripada status itu, para pemimpin politik khasnya mereka yang baharu menjadi menteri, hendaklah jangan mudah bercakap atau bercakap tanpa ada ragu bimbang kepada orang (media) yang mendatanginya. Disebabkan kerana tergila hendak bercakap, hendak tunjuk fakeh dalam agama dan pula mempercayai kepada media, maka berlakulah pemusingan fakta. Daripada jawaban dan kenyataan selepas laporan itu oleh ada menggambarkan interviewnya itu dimanipulasi. Beliau telah membuat penjelasan pembetulan membela diri.

Makanya lain kali para pemimpin perlu berhati-hati sebelum bercakap. Padang kiri dan kanan dan kenal dengan jenis manusia apa, dan media apa yang anda ingin cakapkan. Jika tidak berhati-hati anda akan terjerat dan bila masuk jerat susah nak terungakai.

Disamping itu, apa tujuan Mujahid menimbulkan perkara itu dalam keadaan tidak ada apa-apa berbangkit. Apakah beliau syok menjawab apa sahaja termasuk soal yang tidak perlu beliau layan yang kemudian beliau akan ditikam dari belakang? Di sini saya lihat tidak ada kebijasaknaaan kepada menteri berkenaan untuk bercakap hal-hal atau isu seperti itu yang mudah dieksplotasikan. Mujahid mudah terumpan dengan mikropon dan lensa kemera.

Dalam perhatian saya sejak jadi menteri, bukan sekali beliau tersasar bercakap perkara yang tidak penting yang memberi buah bingkas kepadanya. Isu agama dengan menggunakan istilah “memelihara” agama lain, isu LGBT, soal tandas, isu Zakir Naik dan terbaharu isu penguatkuasaan terhadap maksiat yang kini dihebuh.

Apakah untungnya bagi beliau dan partinya. Bukankah dengan isu itu orang-orang partinya pening untuk melayan segala terjahan dan persendaaan mengenai agama yang ditimbulkannya dalam media sosial. Mujahid mungkin boleh menggeleng kepala atau tersenyum melihat gelagat itu, tetapi para pemimpinnya dibawah sakit perut menghadapi kerenah yang digara-gara olehnya. Cuba skrol wall Facebook apa yang orang tuding kepadanya dan lihat macam mana isu dibangkitkan menjadi polemik.

Beberapa kenyataan dan singgungan Mujahid dalam isu agama memberi bola tanggung untuk dismash kencang oleh pihak lawannya. Sikap dan gelagat ini bagi saya tidak bijaksana dan menganggu otak.

Elok kalau parti Amanah mengadakan kurus khas di kalangan para pemimpinnya (menteri) mengenai cara-cara bercakap dengan media, cara-cara mengupas isu ataupun mengeluarkan idea dan juga wawasan masing-masing, bagi mengelakkan ahli-ahli dibawah tidka tentu fasal terpaksa mengalas batu walaupun tidak ada beban.




MR : Parti AMANAH sekarang pimpinan utama semua kaya raya, yang miskin ahli.. miskin duit dan miskin bilangan ahli. Tak ada yang nak masuk AMANAH walaupun dah tawan Malaysia, pelikkan? Orang UMNO lebih suka masuk BERSATU atau PKR. Kalau mereka benci dua ni mereka pilih PAS...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Inilah dia bila buat kerja tanpa prinsip.

    BalasPadam
  2. Tak ada beza kalau masuk Amanah atau DAP. Ada ke orang Islam tak siuman nak masuk DAP?

    BalasPadam