Header Ads

ads header

Flash News

Saya dah sumpah tiga kali - Saiful memberikan tekanan kepada Anwar


PORT DICKSON: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sekali lagi menegaskan kejadian kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Bekas pembantu peribadi kepada Ketua Umum PKR itu berkata, beliau sudah bersumpah tiga kali bagi mempertahankan dakwaan berkenaan.

“Saya sudah membuat laporan polis, bersumpah tiga kali, sekali di Masjid Wilayah Persekutuan, di Makkah dan di mahkamah, namun Anwar tidak pernah sekali pun bersumpah.

“Memang benar kes liwat itu berlaku,” katanya dalam ceramah kelompok pertamanya di Kampung Teluk Pelanduk di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang penduduk sama ada kes liwat itu benar-benar berlaku atau sekadar fitnah.

Mengulas pengampunan penuh yang diterima calon Pakatan Harapan (PH) itu, Mohd Saiful berkata hanya orang yang pernah melakukan kesalahan diberikan pengampunan.

“...saya perlu menghalang dia ke tampuk kuasa...kita hanya mahukan kebenaran...,” katanya.






MR : Anwar kata Yusof Qardawi tak bagi dia bersumpah. Dulu kata Jam akan ditunjuk bila bicara, tapi dah menang takkan tak nak tunjuk jam?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. walaupon dia tahu dia tak boleh menang dia tetap mahu bertanding dan tak terasa malu walau benar atau tidak beliau kena liwat steady saja gayanya saya bagi dia undi simpati Jempul

    BalasPadam