Politik ala kebinatangan (political animal)
INILAH hasil falsafah
politik Niccolò Machiavelli (1469-1527), seorang tokoh ilmuan Itali yang
membawa teori yang terkenal di Barat dengan ungkapannya: “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) yang disebut oleh para ulama’ Islam (الغاية تبرر الوسيلة).
Kita sedang menyaksikan Pilihan Raya
Kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan kerana mahu mencalonkan seorang
yang dikatakan untuk menjadi Perdana Menteri dan telah mendapat
pengampunan mengikut proses undang-undang yang menjadi pertikaian dan
perbincangan hangat hari ini.
Saya terpaksa menulis dengan
bahasa-bahasa sebegini kerana ingin menjaga maruah negara tercinta,
kerana sangat menyentuh maruah Institusi Raja-raja, Badan Kehakiman dan
sistem demokrasi yang wajib dimurnikan secara bermoral dan bermaruah.
Pertama: Konsep pengampunan. Seseorang
yang membuat permohonan maaf, adatnya dia mengaku bersalah atas dosa
dirinya. Kalau adab bertaubat kepada Allah Yang Maha Besar sekalipun,
mestilah bersyarat mengaku berdosa, menyesal dan berazam tidak
mengulangi dosanya.
Kedua: Kalau Badan Kehakiman yang salah,
maka sepatutnya Badan Kehakiman yang wajib memohon pengampunan,
termasuk segala cabangnya iaitu para hakim, Peguam Negara, pendakwa dan
polis yang menyiasat.
Persoalannya, kita tidak tahu siapa yang dihinakan dalam kemalangan ini?
Selain itu, sistem demokrasi sangat
sinonim dengan dasar dan konsep politik Islam, sekiranya dijaga adab dan
akhlaknya. Barat juga ada akhlak dalam demokrasinya sehingga
seburuk-buruk akhlak. Mereka juga mahukan orang yang bermoral tinggi
atau lulus integritinya.
Saya melihat amalan demokrasi di Port Dickson menunjukkan beberapa kepincangan berlaku;
Pertama: Rakyat diberi hak memilih wakil
mengikut parlimen dan Dun masing-masing. Adapun Perdana Menteri dipilih
untuk menjadi Ketua Kerajaan kepada semua rakyat di seluruh negara,
bukan untuk satu kawasan parlimen sahaja.
Maka, sepatutnya pemilihan PM melalui
proses yang sama secara serentak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang
diadakan dan diberikan kepercayaan melalui cara dia memimpin parti atau
gabungannya itu dalam PRU. Bahkan, ada negara yang mengadakan pilihan
raya seluruh negara untuk memilih seorang pemimpin terbesar bagi
negaranya.
Kedua: PRK tidak wajar diadakan kecuali
ada sebab yang munasabah berlaku selepas PRU, kerana keuzuran yang
syar'ie yang memestikannya dilantik menjadi PM baru daripada kalangan
yang telah dipilih dalam PRU, bukannya dengan cara memotong di tengah
jalan atau dicantas di tengah dahan.
Apakah jenis demokrasi kita ini? Barat pun tidak, Timur pun tidak.
Tidakkah memalukan? Kerana catatan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Negara.
Islam meletakkan kewajipan memimpin negara adalah satu amanah yang sangat besar daripada perkara amanah yang sangat banyak bahagian dan cabangnya, sehingga disebut secara khusus melalui firman Allah:
Islam meletakkan kewajipan memimpin negara adalah satu amanah yang sangat besar daripada perkara amanah yang sangat banyak bahagian dan cabangnya, sehingga disebut secara khusus melalui firman Allah:
۞ إِنَّ
اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ
اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
(58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا
الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) ]سورة
النساء: 58-59[
“Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58);
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (para ulama’ yang memahami
Islam dan para pemimpin yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(sunnah kebijaksanaan) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat. Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih
elok pula kesudahannya”. (59) (Surah An-Nisa': 58-59)
Dalam ayat ini, dinyatakan secara khusus
berkenaan urusan memerintah dan melaksanakan hukum adalah amanah
terbesar supaya berlaku adil terhadap semua manusia. Ketaatan mutlak
hanyalah kepada Allah dan Rasul, ketaatan bersyarat terhadap para ulama’
dan pemimpin. Dikaitkan pula dengan beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat yang membezakan Islam dengan demokrasi barat dan teokrasi.
Demokrasi barat menjadikan suara rakyat
suara keramat seperti firman Tuhan, walaupun rakyat telah ditipu atau
jahil dan miskin terdesak. Adapun teokrasi pula memberi kuasa mutlak
kepada agamawan, walaupun ada yang menyalahgunakan agama.
Dalam hal ini, Islam menerima demokrasi
kerana rakyat juga ada hak, tetapi hendaklah dipelihara dengan adab dan
akhlak, serta roh agama yang ada perhitungan dosa dan pahala. Begitu
juga kalangan agamawan juga wajib beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Maka langkah murni demokrasi itu akan
berlaku sekiranya berpandukan Islam, bukan berpandukan teori pemisahan
politik daripada agama (sekularisme) atau teori matlamat menghalalkan
apa sahaja caranya.
Apabila perkara memimpin negara adalah
amanah yang terbesar. Maka, Rasulullah S.A.W. mentafsirkannya kepada
umat Islam bahawa jangan memilih pemimpin yang gelojoh dan mahukan
jawatan atau yang fasiq seperti berbohong dan lain-lain.
Allah berfirman:
وَالَّذِينَ
يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا
قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74) ]سورة
الفرقان: 74[
“Dan juga mereka (yang
diredhai dan dirahmati Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan
berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan
zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Furqan: 74)
Rasulullah S.A.W. juga menolak orang yang gelojoh mahu menjadi pemimpin. Sabdanya:
إنا والله لا نولي على هذا العمل أحدا سأله ولا أحدا حرص عليه (متفق عليه)
“Demi Allah aku tidak
melantik tugas ini kepada seorang yang meminta atau seorang yang terlalu
rakus mahukan jawatan ini”. (Muttafaq ‘Alaih)
Sabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabatnya Abdul Rahman bin Samurah R.A.:
يا عبدَ
الرحمن بنَ سمرة، لا تسأل الإمارة؛ فإنكَ إنْ أُوتِيتَهَا عن مسألة
وُكِلْتَ إليها، وإنْ أوتيتَها من غير مسألة أُعِنْتَ عليها. (متفق عليه)
“Wahai Abdul Rahman bin
Samurah! Janganlah meminta jawatan untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya
jika kamu dilantik dengan sebab memintanya, nescaya dibebankan kepadamu
(tanpa pertolongan Allah). Jika dilantik bukan dengan sebab kamu
memintanya, nescaya diberi pertolongan (Allah) kepada kamu”. (Muttafaq
‘Alaih)
Terdapat banyak nas secara berulang kali
yang melarang kita mengikuti atau memilih pemimpin yang fasiq. Di
antara tanda fasiq itu ialah perangai berbohong dan perkara-perkara lain
yang menunjukkan tiada maruah atau jati diri. Di manakah kita dalam
meletakkan pesanan Rasulullah S.A.W.?
Seluruh dunia kini sedang menyaksikan
kesilapan rakyat Amerika yang dianggap paling maju demokrasinya,
menyebabkan mereka terpaksa merasa malu terhadap seluruh dunia. Sehingga
sudah ramai pula yang meletak jawatan.
Buah salak buah kedondong,
Dipungut diletak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi salah memangkah undi.
Dipungut diletak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi salah memangkah undi.
Janganlah kita menjadi sebab berlakunya Hari Kiamat kerana salah memilih pemimpin.
Saksikan Ya Allah! Bahawa saya telah menyampaikan.
“Islam Memimpin”
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Oktober 2018 / 28 Muharam 1440
MR : Dr Muhaimin Sulam pimpinan parti Amanah menulis di Malaysiakini mengatakan "Ada Wajah UMNO pada PAS" atas fakta Presiden PAS dalam muktamarnya berpantun...Boleh gelak bila baca artikel ini ada pantun juga mesti artikel ini berwajah UMNO ....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :


Yang pork barrel tu memang confirm lah dapigs
BalasPadamAgenda kafir berjaya untuk memburukkan imej ulama yg menjadi benteng akhir umat Islam di akhir zaman. Dengan mempergunakan org Islam sendiri, imej ulama menjadi hina di mata mereka dan pantang ada isu dan tak ada isu pun nesacaya susuk tubuh ulama ini sentiasa dikeji dan dihina. Betul kata TG Hj Hadi, dia tak kisab apa yg org nk kata sbb semuanya akan kembali ke tanah.
BalasPadamPakatan syiah-liberal-kafir harbi menganut ideologi “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) dengan mencipta pelbagai fitnah dan janji palsu untuk menipu rakyat supaya rakyat menyokong mereka dan membenci parti lawan seperti parti Islam dll dalam PRU dll.
BalasPadam