Header Ads

ads header

Flash News

Presiden PAS terima kunjungan MP Palestin



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Dr. Abdul Rahman Al-Jamal, ahli Parlimen Palestin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kebudayaan dan Hal Ehwal Sosial Parlimen Palestin, di ibu negara, semalam.

Pada pertemuan itu, Tuan Guru menegaskan bahawa PAS konsisten menyokong pembebasan Palestin dan tidak mengiktiraf Israel dengan penyelesaian satu negara.


Perkara lain yang turut dibincangkan ialah mengenai geopolitik antarabangsa dan perjuangan pembebasan Palestin.

Selain itu, rombongan Palestin turut bertanyakan situasi semasa politik di Malaysia.

Wakil Palestin itu juga menghargai dukungan PAS dan sokongan kerajaan serta rakyat negara ini dalam isu Palestin.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Setiausaha Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Ustaz Ismi Mohd Taib, Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Malik. – HARAKAHDAILY 17/10/2018



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan