Header Ads

ads header

Flash News

Royalti Petroleum Milik Negeri Perlu Dibayar Kepada Negeri


Saya fikir isunya skrg bukan lagi persoalan kemampuan negeri menguruskan royalti petroleum kerana negeri mencapai standard pengurusan kewangan seperti ditetapkan Jabatan Ketua Audit Negara, tetapi kemampuan pusat memastikan wang royalti petroleum milik negeri yg dibayar oleh Petronas dibayar kepada Negeri seperti kehendak Akta dan Perjanjian.

Mekanisma Petronas bayar dahulu royalti kepada Persekutuan termasuk royalti milik negeri perlu diperbetulkan. Apatah lagi perjanjian 1975 adalah antara Petronas dengan Terengganu. Terengganu bukan pihak ketiga kepada perjanjian.

Terengganu tak sepatutnya diperlakukan seolah olah seperti “sub kontraktor “ kepada Persekutuan dalam Akta dan Perjanjian Petroleum ini.

Mengapa Petronas bayar dulu kepada Persekutuan apa yg jelas milik negeri diperuntukkan dalam perjanjian.

Adakah Terengganu sebagai pihak kepada perjanjian pernah mengeluakan apa apa “payment instruction”/arahan pembayaran kepada Petronas agar apa yg menjadi milik Terengganu dibayar dulu kepada Persekutuan dan persekutuan lepas itu bayar kepada Terengganu?

Tidakkah Persekutuan sendiri sudah menerima bahagian royalti milik persekutuan sendiri 5% dari pengeluaran petroleum dinegeri negeri  berkenaan, mengapa menjadi tamak sehingga mahu ditahan juga 5% royalti yg menjadi milik negeri?

Wang yg ditahan itu pula, untuk apa? Negeri perlukan hasil mahsul yg menjadi milik negeri untuk pengurusan pentadbiran, kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.

Adakah wang ditahan kerana kerajaan persekutuan mahu “guna dulu” wang milik negeri untuk tujuan lain? Tidakkah jika itu tujuannya perlulah kepada persetujuan negeri jika persekutuan mahu guna wang milik negeri?  Wang yg berbillion, bermalam satu malam pun bukan sikit hasil faedah riba diperolehi di bank (overnight rate). Siapa yg ambil manfaat atas itu?

Tidakkah keutuhan federalisme yg dilaungkan oleh kerajaan persekutuan seharusnya bertitik tolak atas saling menghormati antara Persekutuan dan Negeri Negeri yg membentuk Persekutuan ini? Tiada negeri negeri , tiadalah persekutuan. Tiadalah lautan bagi persekutuan tidak kira contiguous zone atau exclusive economic zone EEZ. Itu adalah asalnya milik negeri yg dijadikan hak persekutuan melalui penubuhan persekutuan.

Saya fikir, jika perlu, bagi mengelakkan salah guna wang royalti milik negeri oleh persekutuan, Akta dan Perjanjian yg ada perlu diperbetulkan dengan meletakkan peruntukan jelas bahawa bayaran bayaran royalti petroleum oleh Petronas mesti dibayar ke akaun pemiliknya.

Royalti Persekutuan dibayar ke Persekutuan, Royalti milik negeri mesti dibayar kepada negeri.

Tidak harus lagi berlaku seolah olah negeri bagaikan sub kontraktor pula meminta bayaran dari kontraktor utama yg telah terima bayaran penuh dari pelanggan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
26 Oktober 2018



MR : Tulisdisini ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Hj Amzad ini apa portfolio yg dipegangnya?... Dia ada authoriti ka nak berckp bab royalti ni. Saya harap jika tiada maka jgnlah ghairah sgt nak berckp dan menonjol diri. Isu ini perlu ditangani dgn strategi yg baik oleh kerajaan negeri. Dlm masa itu jgn ada org diluar team kacau daun.

    BalasPadam