Header Ads

ads header

Flash News

Selepas SST tiada kesan Harga barangan turun


KUALA LUMPUR - Kesan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap harga barangan masih belum ketara kerana ia di peringkat awal pelaksanaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata harga barangan dijangka akan mengalami impak selepas stok barangan yang dikeluarkan pada September berada di pasaran.

"Memandangkan SST masih di peringkat awal, impak cukai jualan itu masih belum ketara. Bagaimanapun, kita akan terus membuat pemantauan pergerakan harga barangan keperluan pengguna di pasaran bagi memastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) yang ingin tahu mengapa harga jualan barang masih tinggi walaupun sistem cukai bertukar dari Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada SST.

Katanya, tindakan penguatkuasaan yang rapi menerusi pemantauan dan pemeriksaan harga dilaksanakan sepanjang masa ke atas semua premis perniagaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak mengeksploitasi harga barangan.

"Kementerian juga akan sentiasa peka terhadap aduan pengguna mengenai isu kenaikan harga barangan berikutan pengenalan semula cukai SST ini," katanya.

Katanya, pihaknya telah memperkenalkan saluran aduan menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317 yang telah mencatatkan sebanyak 11,178 mesej aduan sepanjang September lalu. - Bernama

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. agak agak bila boleh stabil harga barang .Tiga bulan empat bulan satahun dua tahun atau sampai pilihan raya ?

    BalasPadam