Header Ads

ads header

Flash News

Zahid mungkin didakwa Jumaat ini?


PUTRAJAYA - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis serah diri kepada Zahid jam 1.45 petang, hari ini agar hadir esok di ibu pejabat SPRM jam 3 petang.

"Beliau dijangka akan dituduh keesokan harinya (Jumaat)," katanya.

Sehubungan itu, Lokman menyeru agar ahli dan kepimpinan Umno hadir memberi sokongan kepada Zahid jam 9 malam di ibu pejabat SPRM dan 8 pagi Jumaat di Mahkamah Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini lima kali hadir ke SPRM untuk dirakamkan keterangan.

Sinar Harian sebelum ini secara ekslusif melaporkan seorang pemimpin tertinggi Umno akan dipanggil SPRM bagi menyiasat dakwaan salah guna dana sebuah yayasan.

Menurut sumber itu lagi, pada masa sama, SPRM juga menyiasat kes penyelewengan dana dan salah guna kuasa beberapa tokoh politik, termasuk beberapa bekas menteri dan ketua bahagian parti.











............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan