Header Ads

ads header

Flash News

Singapura tarik balik salad diimport dari Malaysia


SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pertanian-Makanan dan Veterinar (AVA) Singapura mengarahkan supaya salad aisberg yang diimport dari Malaysia ditarik balik dari pasaran.

Tindakan itu dibuat selepas pihak berkuasa itu berjaya mengesan paras racun serangga yang tinggi dalam sayuran berkenaan.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin, AVA berkata, produk itu diimport oleh syarikat Go Fresh Impex dan ia dijual di pasar raya NTUC FairPrice dan Sheng Siong.

“AVA berjaya mengesan Fipronil, iaitu sejenis racun serangga pada paras yang tinggi pada salad aisberg.

“Salad aisberg itu dijual di NTUC FairPrice menggunakan jenama ‘Pasar’ menggunakan kod pembekal 40,” kata agensi itu yang sudah mengarahkan pengimport supaya menarik balik produk itu.

Kod berkenaan memudahkan orang ramai mengenal pasti pembekal mana-mana produk.

Menurut laman web TODAYonline, proses menarik balik produk itu dari pasaran sedang dijalankan.

Selain itu, AVA juga meminta pengguna yang sudah membeli sayuran yang terjejas itu supaya menghubungi rangkaian pasar raya terbabit.

“Sebagai langkah keselamatan, pengguna dinasihatkan supaya mencuci dan merendam sayur-sayuran bagi menghilangkan segala sisa racun perosak, sebelum dimasak atau dimakan,” kata AVA. - Agensi

MR : Singapura tolak, rakyat Malaysia yang akan makan dengan jualan murah di pasaraya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan