Header Ads

ads header

Flash News

Mourinho bakal dipecat?


MANCHESTER: Jose Mourinho menegaskan beliau masih kekal individu yang mampu mengubah nasib Manchester United selepas akhbar Britain, Daily Mirro melaporkan pengendali Red Devils itu akan dipecat tidak kira apa saja keputusan pertemuan dengan Newcastle di Old Trafford awal pagi esok.

United bergelut di kedudukan ke-10 liga tanpa kemenangan di halaman sendiri dalam kesemua saingan sejak permulaan musim ini.

Menurut Mirror, ahli lembaga kelab sudah hilang keyakinan terhadap Mourinho dengan seorang sumber kanan mendedahkan pengendali dari Portugal itu yang sudah membimbing hampir dua tahun setengah akan dipecat tidak kira apa juga keputusan apabila menentang Magpies.

Keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu Valencia pada saingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu menyaksikan Mourinho gagal membantu pasukan melakar kemenangan di tempat sendiri selama empat perlawanan.

Terdahulu Mourinho menepis kritikan terhadapnya apabila menegaskan beliau berjaya membawa United melakar pencapaian lebih daripada sepatutnya apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan ketinggalan 19 mata selain memberi alasan musim ini lebih sukar.

“Pasukan ini boleh menjadi lebih baik. Jika anda mahu saya ulangi, musim lalu adalah musim yang menakjubkan untuk kami.

“Jika anda mahu sesuatu yang lebih lagi, saya juga sudah menyatakan pada aksi pramusim bahawa tahun ini pastinya lebih sukar. – AFP


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan