Header Ads

ads header

Flash News

Adun Guar Chempedak keluar Umno


Adun Guar Chempedak Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail mengambil keputusan untuk keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Menurut Bernama, perkara itu diumumkan Speaker DUN Kedah Ahmad Kassim sebaik persidangan DUN bermula pagi ini.

"Perkara ini dimaklumkan kepada saya melalui satu surat yang diterima semalam...Jadi tempat duduk beliau dalam dewan ini akan berubah," katanya seperti dipetik.

Untuk rekod, Ku Abdul Rahman, 62, merupakan seorang daripada tiga adun BN yang sebelum ini menyokong pelantikan speaker yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) susulan kebuntuan memandangkan PH dan pembangkang mempunyai jumlah adun yang sama.

Beliau menjadi adun Guar Chempedak sejak 2008. Pada PRU ke-14, beliau menewaskan Musoddak Ahmad (PAS) dan Mohd Saffuan Sabari (PKR) dengan majoriti 259 undi.

Ku Abdul Rahman juga menjadi exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna pada penggal lalu.

Dengan perkembangan ini, Umno kini hanya memegang dua daripada 36 DUN di negeri itu.

MR :  Nampaknya UMNO nak menghilang, sudah pasti akan tumbuh UMNO baru pada BERSATU yang mempunyai DNA yang sama


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ramayana percaya sesuatu pembawaan itu tidak mati dan kalau matipun roh pembawaan itu akan menjelma hidup dalam tubuh yang baru. Yang dikesiankan bukannya parti cop Bunnge tapi parti Imayam, Cinedap dan parti BABI yang akhirnya kene tidur sebantal bukan saja dengan sebahagian tubuh Ameno bahkan keseluruhan roh pembawaan Ameno kini berada ditengah-tengah bantal yang dikongsi bersama. What a kurma.

    BalasPadam