Header Ads

ads header

Flash News

Aktivis mahasiswa ‘gembira’ Maszlee lepas jawatan presiden UIAM


PETALING JAYA: Aktivis pelajar yang mengadakan bantahan pelantikan Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-bari ini melahirkan rasa gembira selepas menteri pendidikan itu sedia melepaskan jawatannya.

“Akhirnya beliau tunduk kepada kehendak masyarakat,” kata Asheeq Ali Sethi Alivi kepada FMT hari ini.

Asheeq berkata berbaloi baginya dan beberapa aktivis mahasiswa yang mengadakan demonstrasi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 9 September lalu.

“Berbaloi. Setelah seharian kami menghabiskan masa di KPM dan juga semalaman di balai polis,” katanya.

Beliau turut menggesa Maszlee tidak melambatkan proses mencari penggantinya dan berhati-hati dalam memilih pengganti.

“(Selain itu) berhenti campur tangan politik dalam universiti. Saya juga masih menunggu peletakan jawatan setiausaha politik beliau Nizam Murad sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya.

Hari ini, Maszlee dilaporkan bersetuju melepaskan jawatan apabila pengganti yang sesuai dilantik selepas berdepan tekanan rakan Kabinet dan pemimpin Pakatan Harapan.

“Dia sedang melantik seseorang untuk mengganti tempatnya. Bagaimanapun proses itu mengambil masa kerana pelantikan perlu persetujuan perdana menteri dan Sultan Pahang,” kata seorang pembantu menteri pendidikan itu.

Maszlee dilantik bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai presiden UIAM ke-8. Bagaimanapun, pelantikan tersebut mendapat kecaman daripada ramai pihak antaranya aktivis pelajar.

Pada 9 September lalu, sekumpulan pelajar serta aktivis yang menggelar diri mereka Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (GPA-IPT) bertindak mengadakan bantahan di pejabat menteri pendidikan, di Putrajaya.

Asheeq dan Siti Nurizzah Mohamad Tazali mengadakan tunjuk perasaan bantah duduk, bersama tidak lebih 10 pelajar dari beberapa universiti, di pejabat KPM sejak jam 8.00 pagi pada Jumaat dan Sabtu.

Bantahan itu menyebabkan Asheeq dan Nuizzah, 23, ditahan polis selepas enggan bersurai dari kawasan hadapan pagar masuk utama Parcel E, Putrajaya yang menempatkan beberapa kementerian termasuk KPM.


MR :  letak bukan datang daripada hati tapi terpaksa


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan