Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda Umno pertahan Zahid patut bercuti, kata sumber


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempertahankan cadangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu bercuti daripada tugas presiden parti dan menumpukan kepada perbicaraan yang dihadapinya, kata sumber parti.

Sumber memberitahu cadangan itu ada dibangkitkan dalam mesyuarat ahli majlis tertinggi hari ini namun tidak dibincangkan secara mendalam.

“Ia disentuh tetapi tidak ada ketetapan akhir. Mesyuarat setuju untuk meraikan perbezaan pandangan,” kata sumber yang turut menyertai mesyuarat tersebut.

“Ketua Pemuda menegaskan tidak akan berganjak daripada keputusan sebelum ini,” tambahnya.

Mesyuarat 3.00 petang tadi yang pertama diadakan selepas sayap parti Melayu itu mencadangkan Zahid bercuti daripada menjalankan tugas presiden sehingga selesai kes di mahkamah dalam satu sidang media pada Oktober.

Zahid kini berdepan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram. Beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober.

Sementara itu, pada sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi petang tadi, Zahid mengesahkan Pemuda Umno membawa cadangan mereka untuk pertimbangan majlis tertinggi.

“Kita raikan pandangan itu tetapi tidak ada seorang pun ahli majlis tertinggi termasuk pemuda meminta saya bercuti,” katanya.

Zahid seterusnya berkata perkara yang diserukan Pemuda Umno itu “perlu diberikan titik noktah” dan menyeru pimpinan semua peringkat menolak usaha memecah-belahkan parti.

Tiada wakil Pemuda pada sidang media petang tadi.

MR :  UMNO masih terumbang ambing kerana ramai pimpinannya terpalit dengan salah laku


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. bukan cuti letak jawatan terus bagi laluan pada yang berkebolehan sabenar Zahid layak sabagai naib president bukan president

    BalasPadam