Header Ads

ads header

Flash News

Ambil tindakan pihak sebar Bible kepada kaum Melayu


PUTRAJAYA - Pihak berkuasa diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebar kitab Bible di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad, bukan setakat menyiasat, tangkapan dan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat mesti dilakukan supaya perkara yang sama tidak berulang.

Ismail Mina berkata, tindakan mereka bukan perkara kecil kerana mereka sebenarnya melanggar perlembagaan.

"Apa yang dilakukan merupakan satu provokasi yang melanggar perlembagaan dan siri provokasi kepada orang Islam hari ini sudah di tahap melampau," katanya.

Menurut beliau, tindakan mengedar Bible itu adalah satu bentuk agenda terancang kerana mereka cuba mendekati anak-anak di bangku persekolahan.

"Kita lega sungguhpun terlalu marah dengan tindakan mereka namun masyarakat Islam masih dapat mengawal dan menahan kemarahan mereka sehingga tidak terjelma dalam bentuk fizikal.

Tapi kita minta pihak berkuasa Pulau Pinang termasuk pihak berkuasa agama, polis, dan mana-mana pihak supaya beri nasihat kepada mereka.

Satu arahan rasmi juga perlu dikeluarkan oleh bagi mengingatkan semua pihak supaya tidak mencetus sebarang bentuk provokasi yang menggugat agama Islam atau agama lain,"katanya.

Sementara itu beliau meminta menteri bertanggungjawab memainkan peranan sepatutnya dan bertindak mengikut peraturan dan lunas undang-undang.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini bahawa menteri itu mempunyai maklumat penyebaran kitab itu turut melibatkan kaum Melayu.

Tambahnya kenyataan bahawa gereja berhampiran tidak terlibat dalam gerakan mengedar kitab bible itu sekadar menafikan agenda terancang mereka.

"Tindakan tegas perlu diatur, bukan sekadar rundingan di meja bulat. Isu berkaitan agama wajib diambil tindakan serius sebelum mengundang perkara lain yang lebih besar menjejaskan agama Islam,"katanya.



MR :  Mujahid kata tak apa NGO yang edar bukan geraja... bangang betul


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan