Header Ads

ads header

Flash News

Guna aset kerajaan, umum dana kawasan calon PKR, TPM dikecam


KUALA LUMPUR, 7 Nov — Hisbah Centre for Reform menggesa kerajaan menyiasat timbalan perdana menteri kerana melanggar etika kewangan negara ketika berkunjung ke Sarawak.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) merujuk tindakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat pengumuman dana di kawasan yang ada kaitan dengan calon pemilihan PKR.

"Menggunakan dana negara sebagai satu bentuk umpan menarik sokongan politik terhadap seseorang calon atau kumpulan calon didalam sesebuah parti adalah satu kesalahan serius dan salahguna kuasa," kata Datuk Mohamed Ezam Mohd Noor di Facebook hari ini.

"Kami sekali lagi merakamkan rasa amat kesal di atas pelanggaran etika kewangan ini yang dilakukan sendiri pimpinan tertinggi sebuah kerajaan yang komited melakukan perubahan dan reformasi".

Turut mengecam, pemimpin PKR Latheefa Koya yang mempersoal lawatan Wan Azizah dibuat menjelang pemilihan parti Sabtu ini, selain didakwa menggunakan kedudukan dan aset kerajaan.

Ahli parlimen Pandan didakwa menggunakan jentera kerajaan atas kapasiti sebagai timbalan perdana menteri serta menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk lawatan itu.

Wan Azizah semalam hadir di sebuah daerah di Sarawak bersama seorang calon yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan politik wang.

Dalam lawatan tersebut, presiden PKR mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk kawasan yang ada kaitan dengan calon itu, disebut-sebut sebagai penyokong kem Rafizi Ramli.


MR :  PH buat sahaja, rakyat sokong, semua dah hancing


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. PH kencing jangan tak kencing
    Semua yang PH buat baik,betul belaka
    tadaak beza perompaak dan penyamun

    BalasPadam
  2. sabelum jadi ini kak wan nampak decent

    BalasPadam