Header Ads

ads header

Flash News

Anda baca tulisan ini, anda akan tahu bahawa cerdik pandai agama dalam PH bodoh, jahat, penjual agama dan perosak Gerakan Islam


Cuba teka, frame Calligraphy belakang Lim Guan Eng itu surah apa, dan ayat ke berapa ? Sebelum ni ada sahabat yag tanya aku..

Ini adalah gambar persiapan terakhir Lim Guan Eng Di Pejabat Menteri Kewangan sebelum membentangkan Belanjawan 2019 di parlimen hari ini..Lim Guan Eng masih mengekalkan Calligraphy tersebut sehinga ke hari ini.. Apa rahsia disebalik ayat tersebut ?

Mari aku bagi kuliah Tafsir hari ini.. Ayat dibelakang Lim Guan eng itu adalah ayat ke 88 dari Surah Al-Hud, iaitu surah ke 11 sebelum surah Yusuf..

Lim Guan eng mengekalkan Calligraphy itu bukan kerana ia ayat ke 88, yang menjadi angka bertuah bagi masyarakat Cina, tetapi mempunyai rahsia dan hikmah dari firman Allah menyentuh urus tadbir dan pemerintahan bagi mereka yang memahaminya... malah ia berkaitan dengan urusan pentadbiran Khalifah Umar Ibnu Aziz..

Surah Hud dan Surah Yusuf adalah surah yang banyak membicarakan soal Pemerintahan dan Ekonomi selain menyentu soal Aqidah..

Ayat ke 88 surah Al-Hud adalah perbicaraan atau Dialog antara Nabi Syuaib dan kaumnya..Kaum yang mempertikaikan seruan kepada Tauhid dan kebaikan.. antaranya berkisar soal ekonomi(rizqi) sebahagian ulama Tafsir menafsirkannya dengan konteks Kenabian.. aku lebih cenderung melihat kepada soal Pemerintahan dan Ekonomi..

Calligaphy itu dimulakan dengan ayat..

إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ..

Sesungguhnya ia Bertujuan melakukan Pembaikan Sedaya Upaya Aku..

(Surah Al-Hud ayat 88 )

Disinilah dalam konteks Ekonomi , ingatan Nabi Syuaib itu, bertujuan melakukan Islah atau reform kepada kaumnya.. Sebagaimana Tafsir Ibnu Katsir..ini sesuai dengan mafhum ayat ke 85 Surah Hud, Nabi Syuaib mengingatkan kaum-nya agar menetapkan urusniaga dan Jual beli dengan adil(Amanah) sebagaimana Firman Allah..

أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ..

cukupkanlah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia mengambil hak-hak mereka, dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan..

(Surah Al-Hud ayat 85)

Disinilah Nabi Syuaib mengingatkan agar kaumnya berlaku adil dalam berurusniaga, tidak menipu sukatan dan timbangan.. dan jangan pula mereka mengambil hak orang lain..

Allah mengingatkan kita, dengan mengambil hak orang lain(Rasuah) lah, dengan kejahatan itu berlakunya kerosakan keatas muka bumi..

Dalam Ayat ke 86, disebutkan

بَقِيَّةُ اللَّهِ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ (86)..

Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagi kamu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas diri kamu..”

Abu Ja'far ibnu Jarir mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagi kamu...(Hud: 86) Maksudnya, keuntungan yang kamu peroleh setelah kamu menyempurnakan amanah, sukatan dan timbangan dengan Adil adala lebih baik walaupun sedikit.. memetik Riwayat Ibnu Abbas akan mafhum ayat Al-Maidah ayat 100..

قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ

Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meski­pun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.."

Dari gambar Calligraphy itu, ayat ditengahnya.. selepas menyentuh soal Qawwi dan Al-Amin dalam mengurus perbendaharaan.. Nabi Syuaib berkata kepada kaumnya..Segalanya limpahan rezeki , Taufiq(kekuatan) itu adalah datangnya dari Allah SWT..

وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ...

Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah...

Manakala Calligraphy disebelah bawahnya, Nabi Syuaib mengingatkan kita setelah berusaha, maka bertawakkal kepada Allah.. sesungguhnya dia lah tempat kembali.

عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ..

AYAT HUD 88 DALAM KONTEKS POLITIK HARI INI -

Calligraphy itu sudah tergantung lama, sejak Perdana Menteri dan Menteri kewangan sebelum ini, iaitu Najib Razak.. Biarpun sebelum ini mereka mengaku beriman,. tetapi gagal memahami dan mengambil pengajaran dari Firman Allah akan ingatan Nabi Syuaib kepada kaumnya.. ia semata mata menjadi perhiasan di dinding tanpa dihayati maksudnya..

Jelaslah Kerajaan Kelptokrasi sebelum ini, mereka menipu di dalam urusniaga, jelas mereka mengambil hak manusia lain(Rasuah) dan membuat kerosakan.. dan Allah mengingatkan kita,“…dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini”..

kita berharap , biarpun Lim Guan Eng bukan muslim, ia lebih memahami kehendak dan tujuan dari ayat 88 Surah Al-Hud lebih baik dari zaman menteri kewangan sebelumnya, dan bagi aku itulah yang sedang dilakukan Lim Guan Eng.. memperbaikan kerosakan, dan melakukan Islah(reform) dalam ekonomi dan pemerintahan...

Kerana di dalam Tafsir Ibnu Katsir, telah dituliskan bahawa Usman ibnu Abu Syaibah mengatakan,telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Abu Sulaiman Ad-Dabbi..Dalam surat menyurat, Arahan dan larangan Khalifah Umar Ibnu Aziz, dan pada setiap surat nya, ia akan di akhiri dengan menulis pesan Nabi Syuaib...

وَمَا تَوْفِيقِي إِلا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal, dan hanya kepada-Nyalah aku kembali.

(ayat 88 Surah Al-Hud)

Tazkiran Jumaat,
Sempena belanjawan 2019

Ipoh Mali


 Penulis bodoh tak tahu ke bahawa ayat ini ada semenjak Najib lagi.
LGE tak berani nak buang nak letak gambar babi & arak takut jadi
setakat reka cipta untuk kencing pengikut tak berdosa ke?





MR : Ramai ustaz dan ahli IKRAM dalam PH cuba menegakkan apa yang PH buat dengar mengaitkan dengan agama, mereka sanggup cipta bukti yang palsu demi nak puaskan nafsu mereka. Yang malang peyokong PH terdiri daripada ahli-ahli termasuk ahli IKRAM terperdaya. Adakah mereka terlepas diakhirat nanti?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Esok lusa dia tukar le tu. tukar ke gambar caligraphy cina. Tungguuuuu....

    BalasPadam
  2. Siapa nama penulis tu???

    BalasPadam
  3. .
    PM 5 telah perbaiki kerosakan yang di tinggalkan oleh PM4

    PM 6 telah perbaiki kerosakan yang ditinggalkan PM 5

    PM 7 kini sedang perbaki kerosakan tinggalan PM6.

    Itu adalah tugas hakiki bukan tugas tambahan yang perlukan gaji dinaikkan.

    Paling berat nanti adalah tugasan yang disandarkan di bahu bakal PM 8.

    Bukan saja tinggalan PM 7 dan PM 6 yang perlu di bersihkan..

    Tinggalan PM 4 adalah cabaran paling menuntut semangat keadilan tertinggi..

    Kerana ia bakal menjadi bidalan ini: 'telan mati anak, luah mati emak'.

    BalasPadam