Header Ads

ads header

Flash News

Anwar: Malaysia tak boleh terus tolak Icerd


Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak boleh sombong dengan terus menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) memandangkan negara ini adalah sebahagian daripada anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini kerana, ahli Parlimen itu berkata Malaysia perlu mendapatkan penjelasan dan mengkaji mengenai Icerd.

"Perdana menteri kata tangguh, saya pun kata tangguh. Jadi tiada langsung kebenaran kerajaan akan laksanakannya seperti didakwa sesetengah pihak.

"Sebab apa kita tak kata batal terus? Sebab ini perjanjian konvensyen di peringkat antarabangsa oleh PBB... kita ahli PBB. 100 negara dah lulus. Kita tak boleh tolak (dengan) sombong begitu sebab kita ahli masyarakat dunia.

"Jadi kita kata kaji, ulas, dengar pandangan dulu. Tapi kita tak boleh tolak ansur dengan status Islam sebagai agama Persekutuan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera," katanya lapor akhbar Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, malam semalam.

Icerd menjadi perbahasan hangat selepas Waythamoorthy mengumumkan ia antara enam konvensyen hak asasi manusia yang akan kerajaan ratifikasikan menjelang suku pertama tahun depan.

Malaysia adalah segelintir negara yang belum mengiktiraf Icerd, sebaris Myanmar, Brunei dan Korea Utara.

MR :  Anwar ni lebih baik jangan jadi PM, rasanya lebih teruk daripada Mahafiram (Mahathir)


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Mana lebih memualkan:

    1. Tak bubuh t/tangan tapi diskriminasi terkawal

    2. Bubuh t/tangan tapi diskriminasi institusional terus berlaku. Contohnya niqab ditegah pemakaian dengan alasan yang memperbodoh-bodohkan dunia.

    Dalam hal 2, apa pBBQ buat selain Oh I See?

    BalasPadam
  2. Kita amat meragui kenyataan lidah biawak pemimpin-pemimpin liberal pakatan apabila mereka berkata mereka "tangguh" (untuk meratifikasikan ICERD ) kerana kenyataan "tangguh" pemimpin-pemimpin liberal pakatan ini bermaksud puak pakatan akan menunda atau menghentikan ratifikasi ICERD buat sementara waktu dan di­langsungkan pada waktu lain !

    Ini bererti puak pakatan akan meratifikasikan ICERD di masa hadapan !!!! Inilah putar belit dan u-turn puak pakatan untuk menipu atau mengelirukan rakyat yang naif!!!

    Orang yang cerdik sudah pasti tidak terpedaya dengan janji pakatan, orang kurang cerdik hanya serik selepas dikencing sekali, orang bodoh seronok dikencing berulang kali !!!!

    Adakah rakyat suka dikencing hancing berulang kali oleh puak pakatan ??

    BalasPadam