Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tak payah cakap pasal serban besar, ijazah berjela... bincang aje pasal khitam dengan Wan Azizah & Nurul


Saya terbaca kenyataan Anwar di Malaysiakini yang memperli cerdik pandai yang pakai serban. Kayanya bukan sahaja ahli politik malah golongan cendekiawan termasuk penjawat awam perlu turut dipersalahkan kerana membiarkan skandal 1MDB berlaku.

"Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika," katanya dalam syarahan di Universiti Malaya pagi ini.

"Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.

"Bukan saja pemimpin politik. Sarjana, penjawat awam, bukan sekadar membisu, tapi yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

Membisu dalam isu 1MBD?
Entahlah Anwar engkau tu terlalu lama sangat berkurung dalam bilik besi, mungkin tertinggal dalam isu pembelaan ini.


Entah ada maklumat atau tidak Anwar ini bercakap di U pula tu. Nak dikencing pensyarah U. Engkau tahu tak sejak sebelum 2015 lagi PAS minta di tubuhkan RCI dalam isu 1MBD. Maybe masa tu engkau kat "dalam" kot,tak da info... Asyik tidur aje.

Bila 1MDB dah jadi kes mahkamah, buat apa nak bising2 lagi pasal 1MDB.....serahkan saja proses mahkamah berjalan ...biar mahkamah yang menentukan, siapa yang bersalah dan dikenakan tindakkan dan hukuman. Sekarang ini engkau dan Mahathir ada kuasa dalam kerajaan yang engkau bising macam pembangkang ini apa penyakit?

Anwar yang engkau patut bising ialah skandal penipuan dalam pemilihan PKR. Bila nak siasat?
Takkan gajah seberang laut engkau boleh nampak, Rafizi depan mata engkau dibiarkan.

Engkau lupa ke skandal forex di awal 1990-an dulu yang menyebabkan negara kerugian puluhan billion, masa tu kau diam membisu ke atau menyalak dengan beraninya untuk bawa siapa yang terlibat? tanya jer mana tahu jika engkau terlibat sama dengan atuk Mahathir jual negara pada masa itu.

Anwar tak payah engkau cakap pasal serban besar, ijazah berjela tapi diam isu 1MBD, yang pentingnya engkau didik Jijah dan Nurul bab berkhatan dalam Islam.

3Z

MR :  Yang berserbanlah yang bantu keluarga engkau difitnah oleh atuk
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Hati kalau berpenyakit beginilah jadinya.

    BalasPadam
  2. sesumpah sekor ni dulu sapa yg bantu dia disaat 'sahabat' akrab dia yg tua tu pecat dia dr kabinet & parti??

    BalasPadam
  3. Dahulu diwaktu kita berada di tahun satu di sebuah universiti, kita terpengaruh dengan ceramah seorang pemimpin sebuah NGO Islam di dewan kuliah universiti di mana dia kononnya memperjuangkan perjuangan Islam dan dia secara terus terang mengutuk parti UMNO.

    Akhirnya dia mengkhianati perjuangan Islam yang dia perjuangkan selama ini untuk mendapatkan jawatan menteri dalam UMNO. Dan dia berkata dia tidak melihat sebarang masalah dalam UMNO !!! Wah pemimpin lidah biawak sudah cakap putar belit dan buat u-turn menjadi nasionalis!!!

    Kita yang menjadi pengikut dia merasa amat tertipu kerana kita dan perjuangan Islam telah dikhianati oleh pemimpin berlidah biawak ini. Sejak hari itu kita tidak mempercayai pemimpin lidah biawak tersebut.

    Akhirnya dia ditendang keluar dari UMNO kerana dia cuba melawan dan menggulingkan boss no 1 kerana dia sudah tidak sabar mahu jadi boss no 1. Selepas itu dia didakwa di mahkamah dan dipenjarakan oleh hakim berdasarkan bukti dan saksi.

    Untuk memperjuangkan kepentingan dirinya (bukan kepentingan rakyat), dia telah menubuhkan sebuah parti liberal yang menganut ideologi liberalisme yang bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan dia berkata dia menyokong keselamatan Israel dan dia tidak menyokong negara Islam di waktu dia membuat ucapan di luar negara. Mungkin dia fikir kita di Malaysia tidak tahu tentang ucapannya.

    Akhirnya barulah kita tahu bahawa dia adalah kepala bapak munafik liberal yang mempunyai lidah biawak dan sedang bersekongkol dengan kepala bapak munafik liberal dan kepala bapak kafir harbi untuk menafikan hak agama Islam dan hak umat Islam.

    BalasPadam
  4. Dahulu di waktu berlaku pelbagai skandal dan bailout berlaku di zaman TDM menjadi PM, bukankah Nua jadi TPM? Jika Nua meludah ke langit , bukankah kahak itu akan jatuh balik ke muka Nua sendiri ???

    BalasPadam
  5. Pemimpin liberal telah menghina serban dan janggut yang menjadi sunnah dalam agama Islam!!! Apakah hukum pemimpin liberal menghina Sunnah?

    BalasPadam
  6. Bagaikan melepaskan anjing yg tersepit..

    BalasPadam
  7. Dia meroyan sebab lama tak kutuk pas

    BalasPadam