Header Ads

ads header

Flash News

Apa bezanya filem Noah dengan Polis Evo 2?


Saya membaca tulisan Dr. Kamilin Jamilin yang mengulas filem POLIS EVO 2.

Dr Kamilin menulis "Saya telah diberi kesempatan dua kali untuk sesi tayangan khas tertutup POLIS EVO 2 yang viral baru-baru ini kerana isu yang dikatakan memberi imej buruk kepada Islam.

Pertama sebagai jemputan khas ASTRO, dan kedua bersama SS Datuk Seri Mufti dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebentar tadi, selain berpeluang menemui serta bertukar pandangan dengan penulis skrip filem tersebut.

Saya hadirkan diri kerana ia membabitkan isu Islam yang sedang hangat diperkatakan, dan saya tidak mahu menjadi orang yang tergesa-gesa membuat kenyataan atau mengulas sebelum menyelami.

Sekadar seminit lebih trailer tidak mampu memberi gambaran keseluruhan sesebuah filem."


Saya tak sempat nak bandingkan beberapa filem lain, sekadar saya terlintas filem Noah. Filem Noah diharamkan di Malaysia. kenapa Dr Kamilin dan orang seperti mereka tak tonton dulu filem berkenaan untuk memberikan gambaran sebuah filem? Adakah cerita Noah memberikan gambaran buruk kepada Islam... Tidak, malah cerita tersebut mengambarkan bagaimana Allah memusnahkan kaum nabi Noah a.s. dengan banjir besar. Takkan itu bagus utuk pengajaran?

Surah Nuh dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun, ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati.

Pengharaman filem itu kerana gambaran ilustrasi Noah itu sendiri tidak boleh diterima, bukan jalan ceritanya yang sangat baik dan menarik untuk Islam.



Dr Kamilin menulis lagi.

Insiden bermula apabila sebuah kumpulan pengganas menawan lebih 200 penduduk di sebuah pulau sebagai tebusan demi mendesak kerajaan Malaysia membebaskan rakan mereka Imam Husyairi yang ditahan pihak berkuasa.

Dalam usaha menyelamatkan tebusan, agak ramai polis yang tumpas, namun akhirnya kumpulan pengganas berjaya ditumpaskan dengan strategi dan keberanian pasukan kecil polis yang terperangkap di pulau terpencil tersebut.


Secara peribadi, umumnya saya tidak melihat ada sebarang isu yang menghina Islam. 


Seperti saya menulis di atas, anjuran BOIKOT POLIS EVO 2 bukan kerana jalan ceritanya yang menghina Islam. Jika Dr Kamilin membaca betul-betul apa yang ditulis oleh Dr. Redhuan ialah sikap penerbit filem yang menjadikan Islam sebagai objek nakal dan jahat bermula daripada Munafik 2 dan kini cerita Polis Evo 2.

Oleh itu idea untuk memberikan satu peringatan kepada penerbit ialah dengan memboikot filem mereka, agar selepas ini mereka lebih berhati-hati dalam menjadikan objek Islam sebagai barangan publisiti murahan.


Dr Kamilin menulis lagi

Seluruh kumpulannya juga kelihatan ‘crook’ yang langsung tiada penampilan mujahidin dan ia sesuatu yang sangat baik dari sudut sensitiviti.

Hanya ketuanya Saif sahaja yang melilitkan kepalanya dengan kain serban tanpa kopiah, itupun tiada unsur Islamik kelihatan pada dirinya atau kumpulannya seperti solat, jambang, atau akhlak, selain ucapan salah guna agama dan tindakannya yang psiko.



Memang melihat posting sudah memberikan gambaran yang tidak baik dan sangat sensitif bagi umat Islam. 



Filem seram tempatan Dukun arahan pengarah Dain Said dilarang ditayangkan. Dukun merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat. 



Begitu juga filem Vishwaroopam telah mendapat bantahan daripada segelintir penduduk negara berkenaan kerana ada babak yang menunjukkan agama Islam daripada sudut negatif. Filem ini terpaksa disunting semula untuk tayangan.


Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures misalnya filem Beauty And The Beast sepatutnya ditayangkan bermula 16 Mac lalu, namun telah ditunda gara-gara mengandungi adegan berunsurkan homoseksual.

Jadi kenapa kita boleh bertolak ansur atas sensetif keluarga untuk filem Dukun, agama dan nilai dalam filem Vishwaroopa. Malah kita tak boleh terima ada unsur homoseksual dalam filem Beauty And The Beast, tapi kiota rasa tak kisah gambaran hajat kepada pemakaian serban?

Islam melarang kita menghampiran tempat maksiat untuk hindar fitnah. Apa makna ini. Begitu juga apabila nabi kita s.a.w. bersama isteri di waktu gelap malam, apabila sahabat melintasi baginda memperkenalkan bahawa perempuan itu adalah isteri baginda.

Apa semua ini?
Ini menunjukkan Islam bukan sahaja mengambil kira isi sesuatu cerita, tetapi bagaimana persepsi apabila orang melihat poster sahaja. Jangan kita terlalu "cerdik" dikalangan umat Islam. Watak antagonis ini disolek dengan lebam hitam pada dahinya...susuk seorang pengganas ini diwajahkan dengan berpakaian serban, berjubah dan antisosial. Ini semua adalah suatu kerja jahat disebalik unsur-unsur baik kononnya.

Sudah sampai masa umat Islam di negera ini kena tunjuk sikap yang tegas. BOIKOT FILEM POLIS EVO 2 supaya selepas ini mereka tindak lagi anggap mudah untuk merosakkan imej Islam.

AMN


MR :  Setuju!!


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. satu dunia sudah cop bila ada pembunohan mesti islam lantas dikatakan pengganas bertambah lagi film berunsur begini.

    BalasPadam
  2. Wahai umat Islam marilah kita semua pulaukan @ boycott semua filem yang menghina Islam sehingga penerbit filem tersebut muflis kerana mereka adalah proksi musuh Islam yang mahu memburuk-burukkan imej Islam.

    Watak seorang penjenayah yang berdahi lebam hitam (kerana rajin solat) , berserban dan berjubah ( sunnah) jelas membuktikan filem tersebut telah menghina dan menfitnah agama Islam dan umat Islam.

    Saya tidak peduli jika mufti berkata filem itu tidak menghina Islam walaupun mufti itu dari planet marikh sekali pun sebab bagi saya filem itu jelas memberikan imej buruk kepada Islam dan umat Islam.

    Mengapa penerbit filem itu tidak menerbitkan filem orang Hindu sebagai pengganas LTTE atau kongsi gelap Cina Msia berkerjasama dengan geng antarabangsa Triad mengancam Msia?

    Nampaknya penerbit filem tersebut lebih berminat menghasilkan filem yang membawa mesej fitnah memberikan imej buruk buruk kepada Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  3. Mesej filem kononnya orang yang berdahi lebam hitam (kerana rajin solat) , berserban dan berjubah ( sunnah) adalah pengganas adalah mesej yang sangat jelas berniat jahat untuk menghina dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam yang menjadi rakyat majoriti di Malaysia.

    Mengapa penerbit filem tersebut tidak menghasilkan filem sami atau paderi mengetuai pasukan pengganas mengancam Malaysia? Takut puak kafir harbi marah dan maki hamunkah?

    Penerbit-penerbit filem anti-Islam adalah kepala bapak munafik !!

    Fakta:

    Malaysia ini aman kerana umat Islam termasuk kaum Melayu adalah kaum yang amat sabar dan bertoleransi walaupun puak munafik liberal dan puak kafir harbi telah berulang kali memijak kepala umat Islam.

    Islam tidak mengajar umat Islam terlalu bersabar hingga menjadi dayus apabila Islam dan umat Islam dihina oleh musuh Islam !!!

    BalasPadam