Header Ads

ads header

Flash News

‘Pening main dengan menteri PH ni…’ – Nik Abduh


KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang mempertahankan Peguam Negara, Tommy Thomas mengundang pertikaian.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Mohamed Hanipa sanggup mengetepikan isu moral apabila mempertahankan Tommy yang didakwa menggunakan kuasa.

“Masa jadi pembangkang, kata Peguam Negara tak ada moral guna kuasa. Bila dah jadi menteri, pertahan Peguam Negara guna kuasa.

“Hal moral ni tak main la.. kata menteri. Pening main dengan Menteri PH ni..,” katanya di laman Facebook hari ini.

Kenyataan Nik Mohamad Abduh itu merujuk kepada jawapan Mohamed Hanipa di Dewan Rakyat berhubung isu banglo melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut menyertakan pautan video pertelingkahan ahli-ahli Parlimen Pas dan Mohamed Hanipa berhubung isu berkenaan.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuki Shaary ingin tahu apa halangan Peguam Negara tidak meneruskan kes banglo Guan Eng kerana ia dilihat salah dari segi moral.

Mohamed Hanipa kemudian menjelaskan Tommy tidak terlibat dalam kes tersebut menunjukkan Peguam Negara tiada konflik kepentingan.

Bagaimanapun, jawapan tersebut tidak memuaskan hati ahli-ahli Parlimen Pas dan mencetuskan perbalahan dengan Mohamed Hanipa.
Sumber LINK




-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sebelum utarakan ini: "lu tolong wa, wa tolong lu" di luar sana terutama di waktu pra PRU, eloklah dipraktikkan sesama kengkawan/kengkawin terlebih dahulu. Understood.

    BalasPadam