Header Ads

ads header

Flash News

Azmin 'tidak tahu' tukar tulisan Cina, MB kata mesyuarat exco 'tidak dimaklum'


KUALA LUMPUR, 22 Nov — Bekas menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan "tidak tahu-menahu" berhubung kelulusan papan tanda jalan bahasa Cina di Selangor.

Perubahan papan tanda itu, berlainan daripada dasar bahasa selama ini, yang dikritik ramai diluluskan semasa beliau, kini menteri hal ehwal ekonomi, memimpin negeri pada 2017.

"Saya tidak tahu mengenai perkara itu," katanya kepada Malay Mail selepas Menteri Besar Amirudin Shari menyatakan dasar itu bermula pada pentadbiran lepas.

Sultan Selangor mengarahkan semua tulisan selain bahasa Melayu di papan tanda jalan ditanggalkan serta-merta sebelum sambutan hari keputeraan baginda bulan depan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan hanya papan tanda jalan berbahasa Melayu dibenar dan perubahan yang diperkenalkan itu mesti diganti sebelum 11 Disember ini.

Menjelaskan salah faham kenyataannya semalam, Amirudin hari ini berkata keputusan tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Apa yang saya nyatakan [semalam] adalah keputusan untuk memasang papan tanda tersebut diputuskan pada 2017 di peringkat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan," katanya di Facebook.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan exco baru kerajaan tempatan Ng Sze Han "mengkaji dasar tersebut agar tidak menimbulkan polemik yang tidak perlu."

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) minggu lalu memaklumkan jawatankuasa tetap dalam keputusan 13 Januari 2017 membenarkan papan tanda jalan dwibahasa selain Melayu.

Papan tanda jalan di Kampung Baru Subang, kata jurucakap MBSA di Twitter, "menggunakan tulisan Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut."

Berdasarkan surat yang disebar di media sosial, projek menukar nama jalan selain bahasa Melayu dikeluarkan pada 25 Mei lalu, sejurus selepas pilihan raya umum.

Amirudin, sebelum ini exco sukan dan belia Selangor, mengangkat sumpah menggantikan Azmin pada 19 Jun lalu.


MR :  macam-macam alasan, sebelum tak ada pun


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Bila berada dalam mode autopilot, 'tidak tahu' dah jadi jawapan rutin dan bila pesawat terhempas pun cock pit voice recorder membuktikan 'tidak tahu' diulangi ungkapannya lagi dan lagi meskipun pesawat sedang menjunam ke bumi. What the cokelat hacks.

    BalasPadam
  2. Puak kafir harbi semakin biaDAP dan kurang ajar apabila mereka menghina Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perlembagaan Persekutuan) dengan menggunakan bahasa lain dalam urusan rasmi KERAjaan pakatan dan menulis nama jalan dalam bahasa china di negara kita sebaik sahaja mereka berkuasa di negara kita kerana mereka anggap sebilangan orang Melayu bodoh dan naif dan boleh dikencing dengan mudah dan kebaikan orang Melayu sebagai kelemahan yang perlu dieksploitasi oleh puak kafir harbi.

    Lebih malang lagi pemimpin-pemimpin munafik Melayu liberal pula menjadi boneka yang dikawal oleh puak kafir harbi. Bahkan puak munafik ini bersekongkol dengan puak kafir harbi untuk menandatangani ICERD untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuklah hak kaum Melayu.

    Sebaliknya puak china takut untuk menghina atau mempersoalkan hak bahasa, agama, budaya dan hak bumiputera di Thailand dan Indonesia dll kerana kerajaan dan bumiputera Thailand, Indonesia dll akan cepat bertindak balas terhadap kebiadapan kaum pendatang !

    BalasPadam
  3. Kura-kura dalam perahu,

    Pemimpin pakatan berpura-pura tidak tahu !

    Adakah kerana mereka takut pada abang besar biaDAP sehingga mereka sanggup mengkhianati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan??

    BalasPadam