Header Ads

ads header

Flash News

China Hukum Mati Lelaki Muslim Yang Pergi Haji Tanpa Guna Khidmat Kerajaan


Pihak berkuasa rejim komunis China di barat laut Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur (XUAR) menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang juga dermawan etnik minoriti Uyghur terkenal, Abdughapar Abdurusul, kerana mengerjakan haji di Arab Saudi.

Menurut abang mangsa, Abdusattar Abdurusul, Abdughapar yang berasal dari daerah Bakyol di Ili Kazakh ditangkap pada Julai atau Ogos lalu.

“Yang terbaru saya dengar, adik saya dijatuhi hukuman mati dan dia kini sedang menunggu pelaksanaannya. Alasannya ialah dia pergi ke Arab Saudi untuk melaksanakan haji secara persendirian, tanpa menggunakan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Katanya, Abdughapar tidak dibenar melantik peguam ketika perbicaraan, sekali gus menunjukkan bahawa dia telah dihukum secara haram.

Walaupun semua hukuman mati perlu dikaji semula oleh Mahkamah Agung China di Beijing, tetapi dalam kes Abdughapar, tidak dapat dipastikan sama ada kes itu telah disiasat dengan adil.

Beliau berkata, Abdughapar bapa kepada empat anak memiliki beberapa rangkaian kedai dan perniagaan, dan telah menggunakan wang sendiri untuk membina sebuah masjid.

Selain itu, katanya, Abdughapar juga telah menjual sebuah rumah lama milik keluarga sekitar 1 juta yuan (AS$144,000) pada April atau Mei, sebelum ditangkap, sementara semua aset keluarganya berjumlah kira-kira 100 juta yuan (US$14.4 juta) dirampas.

“Abdughapar seorang dermawan yang suka membantu masyarakat … (tetapi) sekarang kerajaan telah mengambil segala-galanya dan memusnahkan sepenuhnya kehidupan keluarga itu,” kata Abdusattar.

Sebelum ini, anak lelaki sulung Abdughapar, Awzer, ditahan pada 2017 selepas pulang dari belajar di Turki, dan isterinya, Merhaba Hajim ditahan pada April tahun ini, katanya.

Abdusattar berkata, kakaknya Sayipjamal juga sudah hilang untuk tempoh masa yang lama dan dianggap telah ditahan, sementara beberapa kawannya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada 18 tahun.

Kakitangan Biro Keselamatan Awam Wilayah Ili Kazakh di bandar Ghulja, enggan menjawab pertanyaan serta menutup telefon apabila dihubungi Radio Free Asia (RFA), mengenai kes Abdughapar.

Menurut agensi itu, seorang rakan lama yang enggan mendedahkan identiti memberitahu dia juga pernah mendengar desas-desus hukuman mati ke atas rakannya itu.

“Seorang kawan saya memanggil saya, mengatakan bahawa Abdughapar telah dijatuhi hukuman mati. Saya juga mendengar bahawa isterinya telah meninggal dalam penjara,” katanya.

Sumber : Ismaweb.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Selamatkan saudara Islam kita Ya Allah Ya Rabb

    BalasPadam
  2. Orang kafir sentiasa akan membunuh orang ISLAM. Dalam hati mereka tidak ada sebesar zarah pun perasaan simpati pada orang Islam. Percayalah tidak ada yg benar selain Allah. Allah telah memberitahu kita di dalam kitabNYA al-quran bagaimana sikap orang kafir terhadap Islam. Kenapa kita mengaku Islam tapi masih tidak percaya bahawa orang kafir termasuk kafir DAP itu musuh ISLAM?

    BalasPadam
  3. Celaka dan bangsatlah rejim pengganas Komunis China kerana rejim komunis ini sedang menindas dan membunuh umat Islam yang tidak bersalah di China semata-mata kerana umat Islam mengamalkan ajaran Islam.

    Alhamdulilah tentera dan polis Malaysia telah berjaya mengalahkan Parti Komunis Malaya (PKM) dan pengganas-pengganas komunis yang telah menindas agama Islam dan bertindak sangat kejam dan zalim terhadap umat Islam di Tanah Melayu.

    Tahniah dan syabas kepada tentera dan polis kerana menghalang niat jahat PKM. Jika PKM berjaya menguasai Tanah Melayu, kita yakin umat Islam termasuk kaum Melayu Islam akan menerima nasib yang sama seperti umat Islam di China.

    Sekarang kita pula bimbang jika perjuagan PKM itu diteruskan oleh proksi-proksi PKM yang memimpin parti rasis ultra kiasu kerana parti ultra kiasu ini bersikap anti-Islam dan anti-umat Islam.

    BalasPadam
  4. ya allah selamatkanlah umat islam di negeri yg di perintah cina komunis laknaulah..

    BalasPadam
  5. ya allah selamatkanlah umat islam di negeri yg di perintah cina komunis laknaulah..

    BalasPadam
  6. Rejim China Komunis, rejim Nazi, rejim komunis Soviet, rejim Mussolini , rejim Tojo, rejim Yahudi Zionis adalah penjenayah kemanusiaan yang sangat kejam, zalim dan sadis !!!

    Semoga rejim China Komunis dan rejim Yahudi Zionis ditimpa musibah dan siksaan yang amat dahsyat dari Allah. Amin.

    BalasPadam