Header Ads

ads header

Flash News

Dah jadi pemerintah tapi parti masih tak tamadun


Pemilihan Cabang PKR Keningau hari ini kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada jam 4 petang tadi.

Difahamkan, kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila proses pengundian di Balai Raya Kampung Marampong itu ditutup walaupun masih ramai anggota parti yang belum mengundi.

Dalam kejadian tersebut, kumpulan yang tidak berpuas hati itu bertindak memecahkan pintu dan dinding balai raya berkenaan, selain mereka juga membaling kerusi dalam pusat pengundian itu.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba untuk meleraikan kekecohan tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan berikutan kekecohan selama 15 minit itu, namun banyak kerusi rosak selain kerosakan teruk pada pintu balai raya berkenaan.

Calon yang bertanding untuk ketua Cabang PKR Keningau terdiri daripada Johari Tahir (penyandang jawatan), Datuk Dr Sangkar Rasam dan Haslina Abin Kassim.

Difahamkan, terdapat 6,000 pengundi bagi pemilihan parti itu di Keningau, namun hanya 30 peratus yang keluar mengundi.

Ketika berita ini ditulis pada awal malam ini, pasukan keselamatan masih berkawal di kawasan balai raya, sementara ramai pengundi sudah meninggalkan tempat tersebut.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, ASP Lee Nyuk Kim mengesahkan calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, yang berada di pusat pengundian semasa kekecohan itu berlaku, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada jam 5.15 petang tadi.

Bagaimanapun, Lee tidak memberikan butiran lanjut berkenaan kandungan laporan polis yang dibuat Rafizi.

Selalunya kalau kita lihat cerita purbakala bagaimana perebutan kuasa berlaku. Macam orang-orang Viking memlih ketua. Begitu juga Barbarian mencari ketua. Tapi kini abab 21 dengan generasi Y masih ada lagi tingkahlaku barbarian dalam pemilihan parti.

Kalau politik tidak ada asas Islam, menepikan nilai agama dan tatasusila. Politik penuh dengan fitnah, permainan persepsi, politik wang sudah sejiwa dikalangan pimpinan PH termasuk PKR maka tak hairan apa yang berlaku sekarang.

Inikah pimpinan yang rakyat Malaysia percayai nak terajui Malaysia?
Bodoh cara berfikir rakyat Malaysia jika ini pilihan mereka.
MR : Mereka dulu sebenarnya bukan berjuang untuk rakyat tapi untuk isi perut, hanya mereka pandai berlakon dihadapan rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: