Header Ads

ads header

Flash News

Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden baru MCA sukar raih sokongan Cina kata Dr Kamarul


PETALING JAYA: Penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan perjuangan MCA lebih tegas di bawah kepimpinan Presiden baru, Datuk Seri Wee Ka Siong, tetapi parti itu “agak sukar” mendapatkan kembali sokongan pengundi Cina yang amat diperlukan.

Beliau berkata, ia disebabkan sikap Wee terhadap isu 1MDB ketika beliau berada dalam Kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Wee juga sukar mengubah nasib MCA secara drastik, jika pengundi Cina merasakan kepentingan mereka diabaikan kerajaan terdahulu.

“Sebagai ahli Kabinet Najib, beliau tidak diketahui pernah bersuara menentangnya, jadi beliau boleh dianggap ‘complicit’ dengannya.

“Begitu juga dalam keadaan kepentingan masyarakat Cina dijaga oleh wakil-wakil DAP dan PKR dalam kerajaan dengan pemimpin Cina sendiri diberi kedudukan baik dan peranan besar dalam kerajaan,” katanya.

Wee menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri mulai 29 Julai 2015 sehingga Kabinet dibubarkan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memenangi jawatan presiden MCA, selepas menewaskan pencabarnya, Gan Ping Sieu dan Ngoo Teck Keong dalam pemilihan parti Ahad lalu.

Kamarul berkata, kemenangan Wee memang dijangkakan kerana beliau ialah penyandang timbalan presiden parti itu dan satu-satunya calon MCA yang memenangi kerusi Parlimen dalam PRU14, berbanding Gan yang merupakan naib presiden MCA, tetapi agak lama tidak aktif dalam parti.

“Penolakan ahli MCA terhadap Gan bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai penolakan ke atas hasrat beliau untuk membawa MCA keluar daripada BN kerana Wee juga sudah beberapa kali memberi petunjuk yang sama, cuma beliau akan merujuknya kepada pemimpin MCA lain (terlebih) dahulu.”


MR : MCA patut bubar dan kaum Cina kena buat parti baru untuk bersama PAS....



Iklan Teks

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. .
    Sama ada nak ampu atau sentap atau 'sembur' kenalah pilih isu dan masa sesuai saja yakni bukan borong semua. Faktor inilah yang membuatkan MCA mengekori Dap pada jarak yang amat jauh.
    .

    BalasPadam
  2. MCA akan terkubur pada pru 15. Pemimpinnya yg sering membidas pemimpin PAS walaupun bersama didalam PN. MCA mengharapkan sokongan Melayu dlm kwsn parlimen majoriti melayu yg juga ada penyokong atau pengundi PAS serta UMNO. MCA tiada peluang bila berdepan dgn DAP dlm kwsn majoriti cina, buktinya pd pru 14 semua calon MCA kecundang. Oleh itu MCA memang perlu undi melayu utk menang dlm pru 15 baik di dun atau parlimen. Tapi saya menjangkakan MCA tiada peluang.

    BalasPadam