Header Ads

ads header

Flash News

PTPTN nak ke terima RM20 sebulan?


SHAH ALAM – Bekas aktivis pelajar, Adam Adli Abd. Halim mempersoalkan kesanggupan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menerima pembayaran balik pinjaman pelajar sebanyak RM20 sebulan.

Adam berkata, sekiranya jumlah berkenaan sanggup diterima oleh PTPTN, berapa lamakah pula masa yang bakal diambil oleh peminjam PTPTN untuk melunaskan bayaran pinjaman PTPTN berkenaan.

Menurutnya, pengumuman kerajaan membabitkan peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2019 iaitu memperkenal bayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan adalah tidak logik.

“Kalau kerajaan tetapkan gaji minimum 2019 sebanyak RM1,100 tapi pembayaran balik PTPTN RM1,000... kat mana logiknya itu? Kalau dua peratus dari RM1,000, RM20 sebulan. Kalau PTPTN nak terima RM20 bayaran pinjaman dan lama PTPTN buat.


“Saya harap kerajaan kaji semula dan dengar tuntutan yang berbeza... kena fahami ini adalah pinjaman pendidikan dan bukan pinjaman komersial yang ada nilai untung, bukan pinjaman perumahan yang ada nilai aset, bukan pinjaman kenderaan kalau ada kegagalan boleh tarik balik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Adam berkata, amalan pembayaran balik pinjaman pelajar mengikut tangga gaji itu diamalkan di United Kingdom di mana pada tahun 2012, UK menetapkan gaji minimum sebanyak 1750 Pound Sterling untuk pembayaran pinjaman.

Menurutnya, di UK gaji standard sekitar 7.5 Pound Sterling satu jam dengan keseluruhan gaji 1,500 Pound Sterling sebulan.

“Masih lagi di bawah paras gaji minimum pembayaran balik pinjaman pelajaran. Oleh itu, kerajaan perlu mempertimbangkan balik langkah pembayaran PTPTN ini memandangkan pendidikan adalah hak rakyat dan bukannya keuntungan komersial.

“Malah, kerajaan perlu memperjelaskan apakah pengiraan mengikut kadar peratusan berkenaan. Pengumuman ini hanya memperlihatkan kerajaan tidak serius dan jauh tersasar dari pilihan sebelum ini dari RM4,000 (pengecualian pembayaran balik pinjaman PTPTN) kepada RM1,000,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pembayaran gaji yang ditetapkan sekitar RM2,000, ianya masih boleh diterima akal memandangkan gaji berkenaan tidak terlalu “kecil” dan sesuai dengan permulaan gaji seorang graduan.

“Ini kerajaan baru, seharusnya orientasinya berbeza dengan kerajaan lama,” katanya.

Sementara itu, Adam ketika menjawab mengenai potongan pinjaman PTPTN kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama berbanding dengan pemberian pengecualian pembayaran pinjaman yang ditukar status kepada biasiswa menegaskan kerajaan baru seolah sudah tersasar jauh.

“Saya bukan hanya bercakap mengenai dari sudut pelajar (peminjam PTPTN) itu sendiri, bahkan dari segi kerajaan PH.

“Macam mana kerajaan bercakap dari sudut nak menyelesaikan hutang, nak kurangkan hutang pelajar dalam keadaan kamu (kerajaan) tiada penjelasan terperinci untuk menyelesaikan hutang pelajar.

Menurutnya, dasar kerajaan membabitkan peminjam PTPTN berkenaan dilihat semakin tersasar jauh.

“... makin nampak tak betul, rasa macam dah tersasar jauh bukan sahaja dari prinsip manifesto tapi dari segi prinsip badan politik.

“Saya tak nak cakap pasal manifesto, yang saya nak cakap pasal prinsip... macam mana kerajaan melihat masalah kewangan nak kurangkan beban hidup kos dan sebagainya namun langkah-langkah, mesej ke arah itu macam tak menyokong,” soalnya.

Lima langkah diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di Dewan Rakyat hari ini, berkata langkah lain ialah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.

Pengumuman berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat bahkan pemimpin pembangkang kerana ia dilihat bakal membebankan peminjam PTPTN bahkan tidak memberi keistimewaan kepada pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama.

 Bekas Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berpendapat tidak semua lepasan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama mendapat pengecualian pembayaran semula berdasarkan Belanjawan 2019.

Beliau berkata, ini kerana Kerajaan mencadangkan potongan pinjaman kepada peminjam daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan Kelas Pertama yang difahamkan untuk peringkat Ijazah sahaja.

Katanya, dasar baharu ini memberi makna bukan semua peminjam mendapat keistimewaan tersebut






MR : engkau tungkus lumus lawan kerajaan, kena tangkap dsbnya yang untungnya DAP, kini baru engkau tahu PH untuk kaki "kencing"....


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan