Header Ads

ads header

Flash News

Gabungan NGO baru dilancar, isytihar ‘perang' pada DAP


Gabungan NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) yang secara rasminya dilancarkan hari ini mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ‘bangsa DAP’ yang disifatkan mereka sebagai musuh kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.

Pengerusi G3 yang menggabungkan 53 pertubuhan NGO, Raggie Jessy berkata, mereka menjadi benteng bagi menyekat sebarang usaha untuk mencabar Perlembagaan Persekutuan, khususnya membabitkan Melayu, Bumiputera, Islam dan raja-raja Melayu.

Dengan mengambil isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sebagai contoh, Raggie menyifatkan ia agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Islam di negara ini.

“Orang Melayu terlepas pandang, isu Icerd yang dibawa oleh Lim Guan Eng dan Lim Kt Siang ini. Kit Siang dia bapa perkauman di negara ini. Bawa agenda ala-ala Zionis di negara ini.

“Icerd ini isu agama, di negara kita ia istimewa sedikit, apabila Melayu sudah pastinya beragama Islam. Jadi Icerd ini adalah satu bentuk diskriminasi kaum yang berkaitan dengan kedudukan Islam di negara ini berdasarkan artikel 121 (a),” katanya dalam satu sidang media penubuhan G3 di Kuala Lumpur, hari ini.

'G3 tidak bersifat rasis'

Sebelum ini, Umno, PAS dan beberapa parti politik pembangkang telah berkongsi pentas bagi menyatakan bantahan terhadap usaha untuk menandatangani ratifikasi Icerd.

Pada 4 November lalu, tunjuk perasaan membantah Icerd di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi dan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malah, Umno dan PAS merancang untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran bagi membantah Icerd pada 8 Disember nanti.

Sementara itu, Penasihat Kehormat G3 Azwanddin Hamzah mendakwa penubuhan gabungan itu bukan bersifat rasis, sebaliknya bertujuan menjaga kepentingan Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan cuba kacau perlembagaan negara, jangan ambil hak orang Melayu (seperti terkandung dalam perlembagaan), jangan kacau raja-raja Melayu.

“Kami tidak rasis, malah rakan-rakan kami, jiran kami ramai dari kalangan orang-orang Cina, malah ada ahli perniagaan berbangsa Cina yang bersama kami, tetapi kami anti terhadap ‘bangsa DAP’ yang rasis dan kurang ajar," katanya yang berkata G3 akan melakukan program jelajah ke seluruh negara.



Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor (gambar, tengah) pula berkata ‘bangsa DAP’ perlu 'dihancurkan' sebelum mereka bertindak menghancurkan negara.

Amran yang juga bekas anggota DAP yakin banyak lagi agenda bagi menghapuskan hak orang Melayu dan raja-raja sedang dirancang parti itu.

“Saya tahu ia tidak akan berhenti (dengan isu Icerd), banyak lagi bangsa DAP akan ambil hak orang Melayu bukan saja hak istimewa, tetapi juga hak biasa orang Melayu,” jelasnya.

Pada 8 November, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan keraguannya terhadap Icerd.

"Kita kena timbang sebab ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita," katanya.

Terdahulu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73 pada September lalu, perdana menteri berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya secara mendalam.

"Bagaimanapun, hal ini tidak mudah kerana Malaysia sebuah negara majmuk dengan pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa," katanya ketika berucap di New York.

Pada 23 Oktober lalu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan kedudukan istimewa bumiputera, tidak akan terjejas walaupun kerajaan menandatangani Icerd.


MR :  Nampak ramai dah tahu siapa sebenarnya DAP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan