Header Ads

ads header

Flash News

Gelombang awal rakyat tolak ICERD


KOTA BHARU: Gelombang rakyat menolak usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) berlaku di seluruh negara.

Di sini kira-kira 5,000 umat Islam berhimpun di Dataran Muhammadi sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Muhammadi hari ini.

Hadir sama bagi meluahkan bantahan Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin PAS Kelantan, Umno dan pelbagai NGO termasuk ISMA, Cakna Palestin, Gamis dan Pekida.

Ustaz Tuan Ibrahim berkata, himpunan itu turut disertai Umno bersama tujuh lagi NGO sebagai satu permulaan kepada perhimpunan lebih besar.

Menurutnya, langkah itu akan dilakukan sekiranya kerajaan PH terus berdolak-dalik bagi menyatakan pendirian terhadap pelaksanaan konvensyen berkenaan.

"Dalam kes ini kita desak kerajaan mesti tegas menyatakan pendirian, kita tidak mahu pelbagai alasan dikemukakan. Rakyat mahu kerajaan tolak ICERD,” katanya berucap pada himpunan tersebut. - HARAKAHDAILY 16/11/2018


MR :  NGO dan parti orang Islam mesti bersama dalam satu gerakan


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan