Header Ads

ads header

Flash News

Umno calonkan semula Mohamad Hasan


KUALA LUMPUR, 16 Nov — Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Perkara tersebut dinyatakan oleh president parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui catatan di akaun Twitter beliau.

Ia susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini bahawa kemenangan Mohamad di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.

Ahmad Zahid menyifatkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban itu sudah dijangkakan dan jentera parti akan digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi PKR tersebut.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas calon PKR bagi kerusi DUN itu, Dr S. Streram memfailkan petisyen pada 23 lalu bagi mencabar kemenangan Mohammad.

Mohamad, yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon pada 28 April lalu kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). — Bernama

MR :  Pertanda PH akan dapat tentang hebat daripada pembangkang


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan