Header Ads

ads header

Flash News

Gerakan belakang tabir PAS-Umno punca keputusan PRU14 lambat, atau PKR-UMNO??


Dr Mahathir Mohamad kononnya mendedahkan bahawa kelewatan pengumuman kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada malam pilihan raya umum (PRU) ke-14 adalah disebabkan gerakan belakang tabir oleh Umno dan PAS untuk memancing wakil rakyat Melayu-muslim untuk lompat parti.

Dalam wawancara dengan Mekong Review bulan lalu, Dr Mahathir berkata ketika kekalahan mengejut BN pada 9 Mei lalu, Umno dan PAS berharap dapat menyusun gerakan untuk mendapatkan semula majoriti parlimen dan membentuk kerajaan yang terdiri daripada wakil rakyat Melayu-muslim.

Jelas Dr Mahathir, ini demikian kerana terdapat pihak tertentu yang bimbang PH akan menjuarai isu orang Islam "seperti kerajaan terdahulu".

"[....] Ada idea yang menggambarkan sekiranya pembangkang yang terdiri dari Umno dan PAS yang merupakan parti Melayu-Islam bersatu, mereka boleh menarik parti Melayu-Islam lain dari PH, mendapat majoriti dan seterusnya menubuhkan kerajaan Melayu-Islam. Namun mereka dinasihati agar tidak berbuat demikian.

"Ini yang menyebabkan kelewatan pengumuman kemenangan PH. Kami tahu kami menang seawal 8.30 malam lagi tapi kami tidak mendapat pengumuman rasmi sehingga pukul 2 pagi kerana dalam tempoh itu terdapat gerakan yang disusun yang tidak dilihat oleh umum.

FIKIR LOGIKlah
UMNO + PAS tak akan berjaya membentuk kerajaan kerana PAS hanya ada 18 kerusi.

Mahathir cuba menyembunyikan fakta sebenar iaitu ada gerakan UMNO-PKR dan mereka mengajak PAS sekali itu baru betul. Ada dikalangan PKR tak mahu Mahathir menjadi PM sebab Mahathir mungkin sekat Anwar. Jadi puak ini telah berusaha dengan UMNO dan mengajak PAS sekali. Kalau takkan berlaku perang AZMIN-RAFIZI.

Cerita pasal beli undi. Ini kerja Mahathir semasa dalam UMNO nak beli ADUN PAS sehingga menculik. Ustaz Fadhil Noor ada menceritakannya. UMNO, baik Najib, Anwar atau Mahathir sama sahaja...

Mahathir kalau tak kencing rakyat memang mati tak pejam mata.


MR :  Mahathir tahu Melayu mudah lupa, pasal itu dia suka bohong


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sejarah di tulis oleh pihak yang menang. Bukan saja parti pembangkang akan disejarahkan sebagai 'penjahat' di mata hero aka Madey bahkan sejarah komunism dan kemerdekaan akan ditulis semula bila proksi komunis mendapat kuasa. Ini amat difahami.

    BalasPadam