Header Ads

ads header

Flash News

Hina Institusi Diraja: ‘Siasat Kadir Jasin’ – Ahli Parlimen PKR


KUALA LUMPUR: Pihak polis diminta menyiasat tokoh wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, berhubung artikelnya yang didakwa menghina dan memburukkan institusi diraja terutama Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata tulisan Kadir boleh mencetuskan prasangka seolah-olah baginda mengambil kesempatan dan menyalah guna kedudukan sebagai Sultan.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan artikel begini dan pastinya ramai akan baca sebab dia ada ramai pengikut.

“Sebagai wartawan, memang ada kebebasan media dan tulislah apa saja, tetapi kenalah ada etika.

“Kalau beliau ada masalah dengan Sultan, buat aduan rasmi dan bukannya menyindir menerusi penulisan yang boleh mencemari institusi diraja,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

MR : Itu tanda tak lama lagi perang saudara berlaku, dan Anwar kena kencing pula....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Nak buat apalah wartawan cabut itu jeles bila AnWar keluar masuk istana keadilan walhal bukanlah rahsia yang wartawan cabut itu juga keluo masuk istana ... istana kuda emas sebelah the mine lar.

    BalasPadam