Header Ads

ads header

Flash News

Bas percuma di Kemaman esok


KEMAMAN - Bermula esok, penduduk Kemaman berpeluang menaiki bas sekitar bandar Chukai secara percuma yang disediakan oleh Kerajaan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Sosial Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bas percuma dikenali sebagai 'Bas Kite' itu bertujuan membantu orang ramai terutama golongan yang berpendapatan rendah dalam menjimatkan kos pengangkutan harian mereka.

"Kemaman adalah daerah pertama di Terengganu yang memperkenalkan khidmat bas percuma ini dan buat permulaan, laluannya adalah dalam dua kawasan Dun iaitu Dun Chukai dan Dun Air Putih.

"Sekiranya permintaan semakin meningkat, khidmat bas percuma ini akan diperluaskan pula ke dua lagi kawasan Dun di Kemaman iaitu Kemasik dan Kijal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran operasi 'Bas Kite' di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan Pengerusi Cas Ligas Sdn Bhd, Zakaria Dagang.

Hanafiah yang juga Adun Chukai berkata, kos operasi Bas Kite dianggarkan RM260,000 setahun termasuk kos penyelenggaraan dan gaji kakitangan.

"Bas percuma ini adalah hasil kolaborasi kerajaan negeri dengan Cas Ligas Sdn Bhd sebagai satu tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

"Buat permulaan, operasi bas percuma ini dari pukul 8 pagi hingga 7 malam dengan laluan Stesen Bas Chukai-Geliga-Paya Berenjut-Binjai seterusnya kawasan sekitar bandar Kemaman," katanya.

Kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperluaskan khidmat bas percuma itu di daerah lain secara berperingkat agar lebih banyak golongan sasar mampu menikmati kemudahan tersebut, katanya. - Bernama

MR : Tak berjanji tapi PAS cuba sebaik untuk rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan