Header Ads

ads header

Flash News

Serangan dirancang tagih simpati? Sedih sungguh, kata Azmin


KUALA LUMPUR, 4 Nov — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai mengecam pesaingnya Rafizi Ramli berikutan kekecohan pemilihan cabang PKR Keningau semalam.

Tanpa menyebut nama atau merujuk kejadian tertentu, menteri hal ehwal ekonomi dilihat sinis terhadap bekas ahli parlimen Pandan melalui Twitter malam tadi.

“Melancarkan serangan untuk menagih simpati? Sedih sungguh,” coret bekas menteri besar Selangor, beberapa jam selepas kekecohan tersebut berlaku.

Jam 4 petang semalam, pusat pengundi Balai Raya Kampung Merampong diceroboh kumpulan penyokong calon ketua cabang yang tidak berpuas hati undian dihenti.

Mendakwa ramai anggota parti belum mengundi, sebahagian mereka kemudian memecahkan dinding dan pintu premis serta insiden membaling kerusi berlaku.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggilkan bagi meleraikan kekecohan selama 15 minit.

Rafizi turut mengadu “dipukul di kepala sedikit’ ketika beliau mahu meninggalkan pusat pengundian berkenaan jam 4 petang, lapor Malaysiakini

Beliau kemudian membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Keningau. Aduan disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Lee Nyuk Kim.

Berita Harian hari ini, keputusan 12 cabang seluruh Sabah semalam menyaksikan Azmin mendapat 5,113 undi berbanding Rafizi (4,773 undi).


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan