Header Ads

ads header

Flash News

Wee Ka Siong presiden baharu MCA


KUALA LUMPUR: Wakil tunggal MCA di Parlimen, Datuk Seri Wee Ka Siong menang jawatan tertinggi parti itu menewaskan 2 pencabar lain dalam pemilihan yang diadakan ketika parti Cina itu bergelut menyesuaikan peranannya sebagai pembangkang.

Pesaing terdekat Gan Ping Sieu menyerah kalah. Seorang lagi pencabar yang tewas adalah Ngoo Tech Keong.

Keputusan sedang dikira ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, Pengerusi MCA Perak Datuk Mah Hang Soon hampir pasti menjadi timbalan presiden selepas menewaskan bekas exco Johor, Tee Siew Kiong.

Selain 2 jawatan tertinggi itu, 4 calon yang akan menduduki kerusi naib presiden adalah Tan Teik Cheng, Ti Lian Ker, Lim Ban Hong dan Yew Teong Look.

25 calon dengan undi terbanyak akan dipilih ke jawatankuasa pusat.

Semalam, Nicole Siaw Ting menang jawatan ketua Pemuda dan menjadi wanita pertama menerajui sayap itu.

Kira-kita 32,000 perwakilan dari 188 bahagian memilih hari ini di 160 pusat mengundi seluruh negara.

Sebelum ini, penyandang presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan dia tidak akan bertanding pada pemilihan kali ini susulan prestasi terburuk MCA dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan