Header Ads

ads header

Flash News

Penyokong Perak tandatangan petisyen gesa Presiden PAFA letak jawatan



IPOH: Penyokong The Bos Gaurus (TBG) menggesa Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim meletakkan jawatan susulan cara beliau 'menghargai' trofi Piala Malaysia.

Penasihat Yellow Mobs yang mewakili penyokong TBG, Mohd Jeffery Amin Abd Hamid berkata, tindakan Presiden PAFA yang meletakkan trofi di celah kangkangnya dan di atas meja makan menjatuhkan prestij piala berkenaan.

Justeru, katanya, penyokong Perak termasuk beberapa persatuan penyokong bola sepak negeri menggesa Hasnul Zulkarnain mengundur diri daripada pengurusan PAFA dan meletakkan jawatan.

“Trofi itu piala keramat. Satu Malaysia tahu keunggulannya. Tapi, tindakannya (Hasnul Zulkarnain) itu memalukan sekali gus mencemarkan ‘kesucian’ piala berkenaan,” katanya ketika ditemui pada kempen menandatangani petisyen dalam kalangan penyokong Perak bagi meminta Presiden PAFA meletakkan jawatan di Pasar Karat Ipoh, Jalan Horley di sini hari ini.


Orang ramai menandatangani petisyen pada kempen bagi menggesa perletakan jawatan Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim di Pasar Loken, Jalan Horley. - Foto Farah Suhaidah OthmanTinjauan NSTP di pasar berkenaan mendapati penyokong Perak mula menandatangani petisyen bagi menggesa peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain yang juga EXCO kerajaan negeri itu.

Mohd Jefferey berkata, selain mengadakan menandatangani petisyen berkenaan, pihaknya turut mengadakan kempen secara atas talian.

“Setakat ini, lebih 2,000 penyokong Perak sudah menandatangani petisyen itu secara atas talian yang akan berakhir tengah malam nanti manakala kempen di Pasar Karat ini berakhir pada jam 12 tengah hari tadi.

“Semua tandatangan ini akan diserahkan ke pejabat PAFA, Isnin ini,” katanya.

Beliau berkata, Presiden PAFA yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong itu sepatutnya mengadakan perarakan Piala Malaysia bersama pemain kerana mereka yang bertungkus-lumus memenangi piala berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Hasnul Zulkarnain yang mengendalikan piala berkenaan secara peribadi termasuk berarak di Parit Buntar dilakukan seperti trofi itu hak milik persendirian.

“Kali terakhir, kita memenangi Piala Malaysia 18 tahun lalu dan trofi itu diletakkan di kediaman Menteri Besar sekali gus membolehkan penyokong Perak datang untuk melihat sendiri piala keramat itu.

“Sekiranya Hasnul (Zulkarnain) enggan berbuat demikian (meletakkan jawatan), saya pasti rakyat pasti marah, namun terpulang kepada etika dirinya sendiri sama ada malu dengan tindakan itu atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa tuntutan dan serangan dihadapi Presiden PAFA untuk meletakkan jawatan berunsurkan agenda politik, beliau berkata, penyokong Perak tidak berhasrat untuk mencampur-adukkan kepentingan rakyat dan politik kerana kemenangan trofi itu harus dikongsi bersama rakyat.


Penyokong Perak berkumpul di Perkarangan Stadium Perak menuntut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim meletak jawatan. - Foto Effendy Rashid

MR : PH ni bukan tahu nak mengurus, cara bertindak tidak secarasi dengan cita rasa rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kalau kat Melaka ada klausa ini:"aku YB atau kau YB"

    Kat Perak dah ada ini:"keme presiden atau kome presiden"

    BalasPadam
  2. Menang PRU pun 140 undi saja.. Dah berlagak.. Next PRU mau kasi bungkuih saja pemimpin mcm ni.. Buat semak negeri saja..

    BalasPadam