Header Ads

ads header

Flash News

ICERD: Jangan langgar lampu merah, Hadi beri amaran keras


KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi amaran keras ahli-ahlinya akan turun ke jalan raya jika kerajaan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Datuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden parti Islam itu mengingatkan mudah bagi PAS untuk mengerah “berjuta rakyat ke jalan raya” jika Parlimen disalahguna untuk mengesahkan ICERD “yang tidak adil kepada Islam dan rakyat Bumiputera”.

“Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas. Yang ada terkini jangan dilanggar lampu merah sedang bernyala, jangan bersikap laksana diberi betis mahukan paha,” kata ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulangi amaran keras itu sebanyak 2 kali, dan mengingatkan kerajaan bahawa Perlembagaan Persekutuan sudah cukup untuk memberi hak kepada semua rakyat.

“Walaupun jumlah rakyat Bumiputera dalam bidang ekonomi dan pendidikan paling besar tetapi mereka masih ketinggalan. Begitu juga hak Islam yang masih banyak belum ditunaikan namun hendak dihapuskan.

“Kononnya atas nama hak asasi yang adil dan persamaan. Ketahuilah bahawa yang adil itu meletakkan sesuatu pada tempat sewajarnya bukan persamaan ikut kemampuan,” katanya.

Delegasi Malaysia ke persidangan penilaian berkala sejagat (UPR) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 8 November lalu mengumumkan pengesahan ICERD akan ditentukan selepas rundingan dengan pihak berkepentingan.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Ramlan Ibrahim mengesahkan Putrajaya sedang menimbangkan pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan 5 perjanjian hak asasi antarabangsa lain.

Rundingan yang sedang berjalan sekarang ini antara kementeriannya dan Jabatan Peguam Negara.



Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Masih tak sedar melayu PH tak tahu nak kata.Bumi Malaysia sudah banyak bagi laluan pada kaum lain yang tak dapat dinegara lain.Bukalah mata hati itu.

    BalasPadam
  2. Sudah tiba masanya raja-raja Melayu campur tangan sebelum terlambat. Sebagai panglima tertinggi tentera dan ketua agama Islam, raja-raja masih mempunyai kuasa walaupun sebagai raja berperlembagaan. Kenapa puak-puak bangkai dalam ph yang mengaku merekalah Islam paling suci tidak pernah menasihati dap celaka tentang kontrak sosial yang berada didalam perlembagaan.

    BalasPadam
  3. .
    Hipokarat paling besar adalah PBB. Berapa banyak diskriminasi berlaku di Barat, Isreal dan terkini ditimpa ke atas etnik minoriti Rakhine hingga nasi jadi bubur namun solusinya adalah seperti selalunya iaitu: talk and talk tapi wakl and wakl entah ke mana.

    BalasPadam
  4. PBB adalah barua rejim Amerika dan IsraeHell yang telah melakukan keganasan di seluruh dunia.

    BalasPadam
  5. Di waktu rejim kafir dan puak kafir harbi sedang sibuk menghina Islam dan menindas dan membunuh umat Islam di negara China komunis, Myanmar, Thailand, Filipina dll, puak kafir harbi di negara kita pula sibuk menuntut kesamarataan dengan menafikan hak kita di negara kita sendiri.

    Bahkan puak kafir harbi ini pula disokong oleh sebilangan munafik Melayu sekular liberal untuk menerima pakai ICERD untuk menghapuskan hak Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial di negara Melayu Islam sendiri.

    Wahai umat Islam marilah kita semua bersatu padu membela dan melindungi Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu untuk menjamin masa depan Islam dan umat Islam dan keturunan kita dengan menentang pakatan munafik-kafir harbi dan ICERD.

    BalasPadam