Header Ads

ads header

Flash News

Tertidur di Parlimen, tak perlulah bagi alasan sakit mata


“Jika tidur katakan tidur. Kami tahu pak menteri penat. Pada hemat saya, tidak salah tertidur jika terlampau keletihan. Itu lebih baik daripada tidak hadir sidang Dewan Rakyat.”

Demikian kata-kata sinis Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengulas kecaman dan kritikan pelbagai pihak berhubung insiden Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dikatakan tertidur dalam sesi Dewan Rakyat, ketika wakil Barisan Nasional membahaskan Belanjawan 2019, semalam.

Guan Eng menegaskan, beliau hanya merehatkan mata kerana mata kurang sihat, tetapi masih mendengar perbahasan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Mengulas perkara itu, Ridhuan Tee yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tertarik dengan komen anak Guan Eng, Marcus Lim apabila tampil membela bapanya menerusi status di Facebook.

Marcus, anak ketiga Setiausaha Agung DAP itu berkata, bapanya telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah hutang Malaysia dan memulihkan semula negara, sehingga menyebabkan tidak mendapat rehat yang mencukupi.

“Ya, siapa lagi boleh diharap untuk membela bapa, melainkan anak? Tapi, tidak perlulah beri alasan, sakit mata, kurang tidur, kerja kuat dan lain-lain sakit. Kami tahu, kerja seorang negarawan memang berat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

“Tapi saya fikir sikap defensif tidak mahu mengakui kelemahan, asyik mahu menegakkan benang basah hendaklah dibuang jauh-jauh, kerana ia tidak baik untuk pembangunan negara. Berterus terang, bukan itu lebih baik,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut Ridhuan Tee berkata, hakikat yang semua orang tahu tanggungjawab seorang menteri sememangnya berat, tetapi pegawai kerajaan juga bekerja keras untuk membangunkan negara.

“Memang kerja pak menteri berat. Tetapi jangan lupa pegawai dan kakitangan sokongan serta agensi yang terlibat, tidak kurang banyaknya. Logiknya, sudah tentulah kerja pak menteri agak lebih mudah sedikit, sebab berapa ramai akan membantu.

“Berilah kepercayaan kepada mereka. Bahagikankan kerja kepada mereka. Takkan buat kerja berseorangan sehingga tidak tidur. Alasan sebegini tidak wajar. Jika saya menteri kewangan, saya akan bahagi-bahagikan kerja kepada ratusan, walaupun pun tidak ribuan, kakitangan kementerian yang ada.

“Apa yang penting, idea dan kehendak kita disampaikan untuk mereka melakukan kerja. Berapa banyak agensi dalam kementerian kewangan. Takkan semua tidak boleh diharapkan. Bukankah mereka semua pakar dalam bidang kewangan,” katanya.


MR :  Tertidur tu normal, bukan perkara besar. Tapi kalau dulu sukar perli orang tidur, kalau tertidur kan malu dapat


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Teringat Pak Lah Mr.Clean Saya sayang Pak Lah.

    BalasPadam
  2. .
    Kalau dulu RAINbow adalah eveliting, kini $$$ adalah segala-galanya hinggakan dalam mimpi pun segala-galanya $$$. Sikap mata duitan atau metalistik bila melakukan sesuatu kerja akan berasa berbaloi bila imbuhan adalah paling tinggi dalam kalangan kabinet dapur. Namun bintang individu adalah berbeza, AhPek sekuriti yang berjaga SEPANJAG malam dek bukan mata $$$ akan berasa puas dengan paras gaji minima. Jurang yang sangat besar, ibarat langit dan bumi.

    BalasPadam