Header Ads

ads header

Flash News

Sistem pemilihan langsung jejas imej PKR, kata pemimpin Pemuda



GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Pemuda PKR hari ini berkata sistem pemilihan langsung mungkin tidak sesuai jika parti itu mahu memerintah dan relevan pada masa depan.

Dr Afif Bahardin berkata pemilihan langsung boleh dimanipulasi.

“Ia membolehkan ahli tidak aktif mengundi,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Sistem pemilihan langsung digunakan oleh ahli PKR untuk memilih pimpinan parti. Afif bertanding jawatan ketua Pemuda pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata pemilihan kali ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan lelah dalam kalangan ahli dan orang ramai.

“Kita mesti sedar kita sekarang parti memerintah dan kita perlu kekal relevan untuk pilihan raya akan datang dan selepas itu.

“Laporan berita tentang masalah yang timbul daripada sistem pemilihan kami sudah mencemar imej parti.”

Sistem e-undi PKR dicemari aduan mengenai masa menunggu yang panjang, gangguan isyarat dan dakwaan perisian hasad yang memanipulasi atau memadam data.

Afif berkata parti mesti terbuka untuk berubah.

“Kalau kita terlalu tegar, kita akan jadi seperti Umno dan BN. Kita mesti menjadi ejen perubahan yang rakyat mahukan.”

Beliau akan mencadangkan usul memikirkan semula sistem pemilihan parti dan bagaimana ahli boleh memilih pemimpin mereka pada masa akan datang di Kongres Pemuda PKR Jumaat ini.

“Kalau kita teruskan dengan proses dan sistem pemilihan sekarang, kita akan mengalami kesukaran.”
MR :  Sebelum pemilihan, rakyat dah lihat PKR sangat memalukan... tak hairan pun


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    "Kalau kita terlalu tegar, kita akan jadi seperti Umno dan BN. Kita mesti menjadi ejen perubahan yang rakyat mahukan.”

    Komen:

    Sepanjang yang umum tahu Umno dan PKR langsung tidak sama dalam konteks kekecohan semasa pemilihan. Hairan juga kenapa Umno dijadikan perbandingan dan bukannya pemilihan CEC Dap yang dijadikan renungan? Kalau ini berterusan, kalau ditakdirkan PKR itu termengandung maka jari2 akan tertuding ke arah Umno juga kot.

    Hehehe

    BalasPadam