Header Ads

ads header

Flash News

ICERD: Pemimpin PH tak peduli sentimen penduduk majoriti


Kecetekan pengetahuan dalam memahami dan memperhalusi sejarah negara serta isi kandungan Perlembagaan, antara punca pemimpin Pakatan Harapan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, pemimpin PH yang mahu ICERD diratifikasi dilihat seperti mahu menunjukkan sifat liberal mereka, kononnya ada kelainan daripada Barisan Nasional.

Lebih dikesali katanya, tindak-tanduk pemimpin PH terutama bukan Melayu menunjukkan mereka langsung tidak peduli mengenai sentimen penduduk majoriti Malaysia.

“Pada pandangan saya, keterujaan mereka ini menyebabkan orang Melayu yang pada awalnya dalam keadaan terkejut, kini bertukar menjadi marah. Saya bimbang orang Melayu mengamuk akibat tindak balas kejutan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, dalam proses pembentukan negara, British dan pembesar terdahulu lebih awal mewujudkan Perlembagaan Persekutuan dengan teliti kerana mengambil kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal dan orang China dan India yang datang ke negara ini.

Katanya, Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa, Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Begitu juga bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Jelas beliau, dua perkara berkenaan adalah bukti penting yang menunjukkan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah melakukan diskriminasi atau melayan secara tidak adil mana-mana kaum.

“Malah, dalam bab agama, Perkara 3(1) jelas menunjukkan kesamarataan apabila pengakuan agama Islam dan agama lain boleh diamalkan diletakkan sebaris dalam satu ayat. Bukan ayat bersambung atau perenggan yang berbeza. Semuanya dalam satu ayat, satu nokhtah.

“Nampak tak bagaimana pemimpin dahulu berusaha memastikan setiap perkara dalam Perlembagaan Persekutuan begitu terperinci, begitu halus. Jadi mana diskriminasinya.

“Pada saya, kita sudah menggubal ‘ICERD’ kita sendiri berdasarkan acuan sendiri mengikut kepentingan negara. Kenapa perlu ada ICERD luar untuk memelihara kepentingan Malaysia,” kata Kok Seong dipetik MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya Ahli Parlimen mengenepikan apa sahaja sentimen, perbezaan politik dan berbincang secara rasional dan matang apa keperluan perlaksanaan ICERD sedangkan negara memiliki Perlembagaan Persekutuan yang cukup telus.

Beliau turut mengingatkan, dalam keterujaan untuk melakukan pembaharuan atau reformasi, jangan sesekali lupa bahawa Malaysia mempunyai sejarah lama yang sepatutnya menjadi kesinambungan kepada sejarah moden negara.

“Kalau sayang negara, peluk, dukunglah sejarah lama kuat-kuat. Tidak mungkin ada sekarang, jika tidak ada dulu. Sebab itu sejarah merupakan kisah yang berkaitan, kesinambungan.

“Bukan hentam sahaja kerana cara itu akan hanya merosakkan seluruh ekosistem sebuah negara. Dan, bibit-bibit kerosakan ini nampaknya sudah muncul” katanya.

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969, di mana negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan kaum.

Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.




-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. sabenarnya dap nak test market bukan tak faham.Cuba nasib.Tak berjaya tukar cara pula.Mungkin tak cukup gula gulakan bangsa melayu.Dap tak akan putus asa selagi matlamat tak tercapai.

    BalasPadam