Header Ads

ads header

Flash News

Perutusan Maulidur Rasul 1440H DUPP


FIRMAN Allah S.W.T:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada kamu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan berbincanglah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”   [ali-'Imran: 159]

Rasulullah S.A.W adalah contoh tauladan bagi sekalian manusia. Kepimpinan Baginda telah menyelamatkan manusia daripada malapetaka dan azab Allah S.W.T. Umat Islam pada hari ini diseru agar menghayati serta beramal dengan segala sabdaan Baginda S.A.W khasnya di zaman Islam semakin digoncang daripada pelbagai sudut.

Rasulullah S.A.W berkeperibadian mulia hatta kepada mereka yang memusuhinya. Hatinya pemurah serta pemaaf dan tidak menyimpan dendam walaupun Baginda telah diperlakukan dengan seburuk-buruk perlakuan. Inilah sifat utama yang perlu ada bagi semua pendakwah pada hari ini.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam telah menjadikan dakwah sebagai elemen utama parti selain daripada tarbiah dan siasah. Maka kepimpinan utama PAS yang dinaungi oleh Majlis Syura Ulamak sentiasa mempastikan gerakan dakwah berlangsung dengan jayanya. Kepimpinan dan ahli PAS hendaklah meneruskan tugasan dakwah sama ada dakwah secara lisan, dakwah secara tulisan dan dakwah fardiah kepada semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang berbeza pakaian politik.

Sempena sambutan Maulid al-Rasul 1440 ini, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam agar mengerahkan seluruh tenaga mempertahankan tuntutan agama Islam di negara ini. Hendaklah bersatu hati dan mengelakkan perseteruan dalam perkara khilaf furu' sebaliknya bertegas dalam perkara usul dan yang menjadi dasar pasakan aqidah ummah. Semoga Islam terus bersinar di negara kita.

"Islam Memimpin”
“Islam Jalan Penyelesaian”
USTAZ DATO’ DR HAJI MAHFODZ MOHAMEDKetua Dewan Ulamak PAS Pusat 12 Rabiul Awal 1440 / 20 November 2018


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Pokok utama masalah adalah MUFTI. Kalau MUFTI MUFTI boleh bersatu baru umat ISLAM boleh bersatu. Kalau nak beza pendapat biarlah sesama MUFTI bukan jaja dimedia sosial.Ayoh MUFTI MUFTI bersatu kerana keadaan dibumi bertuah ini dah makin tenat.

    BalasPadam