Header Ads

ads header

Flash News

Jangan Salahkan Orang Lain Dan Jangan Ada Hasad Dengki


KUALA LUMPUR – Jangan salahkan orang lain bila berlaku sesuatu masalah dan jangan ada hasad dengki, itu antara prinsip hidup Ikon Akademik, Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Arshad yang menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada 15 Nov lepas berkata menuding jari kepada pihak lain bukan jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah.

“Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan pernah salahkan orang lain, bila ada sesuatu masalah, kita kena lihat balik apa yang dah kita buat, kemudian kita perbetulkan. Life is so simple.

“Pernah satu ketika saya nak kena buang dari ITM (Institut Teknologi Mara yang kini Universiti Teknologi Mara (UiTM)), saya terima. Tapi Allah itu kaya. Selepas itu, ada yang bagi tahu, for the sake of our country, please re-intake Arshad (demi negara tolong ambil semula Arshad). Dengan orang yang nak keluarkan saya itu pun saya baik. Dalam diri saya, tak pernah ada rasa dendam dan hasad dengki, so far I (setakat ini saya) tak ada heart problem (masalah jantung),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10 Yayasan Arshad Ayub dan Sambutan Ulang Tahun beliau ke-90, di sini malam tadi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 kenalan rapat, ahli keluarga dan alumni UiTM itu turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.

Berkongsi rahsia mengenai perkongsian hidupnya selama 57 tahun bersama isterinya, Puan Sri Zaleha Mohd Arshad, bapa kepada tujuh cahaya mata dan 29 cucu itu berkata anak dan cucu adalah penawar kepada hubungan rapat antara suami isteri.

“Makin ramai anak dan cucu, there is (ada) penawar kepada hubungan rapat suami isteri.

“Bila ditanya rahsia berpasangan, sebenarnya pergaduhan (suami isteri) timbul bila-bila…just be careful what topic we discuss (hanya hati-hati sahaja dengan topik perbincangan kita). That is always the case (Biasanya itulah yang terjadi), yang selalu bertengkar not because our problem (bertengkar bukan kerana masalah kita) tapi kerana kita bercerita pasal orang lain, hingga menimbulkan macam-macam perkara,” katanya.

Meskipun telah lanjut usia, Arshad dilihat masih bertenaga dan masih mempunyai ingatan yang tajam serta mampu mengingati nama-nama individu yang bersamanya dalam usaha memartabatkan dunia pendidikan khususnya menara gading.

Malah, rasa cinta dan sayang terhadap dunia pendidikan tidak pernah terpadam dalam diri Arshad yang turut dikenali dengan jolokan ‘arkitek pembangunan unggul ITM’.

“If UiTM or any university (Jika UiTM atau mana-mana universiti) datang nak jumpa saya, saya akan tolong. I’m very interested in education (Saya amat berminat dalam pendidikan),” katanya. – BERNAMA

MR :  Orang politik banyak tak boleh percaya, sekali dia tak nak kita dia buang, bila dia nak macam-macam alasan termasuk demi negara

Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan