Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa banyak hal ehwal Islam dipertikai?


SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.

Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.

"Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?

"Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?," tanyanya.

Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.

Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.

Dr. Adam Izkandar menulis, "sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam sendiri punca segalanya."

Zanjaf pula berkata, "umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana maruah bangsa dan agamaku?."

Adi Arfandi berkata, "sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung."

MR :  Mereka dah rasa negara ini milik mereka


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Rasa cemburu (ghiroh) dalam konteks beragama adalah konsekuensi dari Iman itu sendiri. Orang yang beriman akan tersinggung jika agamanya dihina, bahkan agamanya itu akan didahulukan daripada keselamatan dirinya sendiri.

    Ini pertanda masih adanya ghiroh didalam dirinya. Bangsa penjajah pun telah mengerti tabiat Umat Islam yang semacam ini.

    Jika agamamu, nabimu, kitabmu dihina dan engkau diam saja, jelaslah ghiroh telah hilang darimu.

    Jika ghiroh tidak lagi dimiliki oleh bangsa Indonesia, niscaya bangsa ini akan mudah dijajah oleh asing dari segala sisi.

    Jika ghiroh telah hilang dari hati, gantinya hanya satu, iaitu kain kafan. Sebab kehilangan ghiroh sama dengan mati.

    (BUYA HAMKA).

    BalasPadam