Header Ads

ads header

Flash News

Kalau Rumah Kita Kaca, Jangan Cuba Baling Rumah Orang



1. YB Anwar Ibrahim telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik.  Kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

2. Saya kira Anwar telah alami “rabun dekat”  atau “tuli badak” bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

3. Barangkali pemikirannya juga mudah dieksploit oleh fitnah sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.

4. Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB ?

5. Saya juga sambil-sambil melilit serban besar ini , terfikir beberapa soalan untuk Anwar Ibrahim.

6. Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?

7. Anwar menyertai UMNO pada tahun 29 Mac 1982. Kemudian, beliau bertanding dan memenangi PRU di Permatang Pauh dan akhirnya dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1982.

8. Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981? 

9. Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)?

- Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?

- Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988?

- Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex?    

10. Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?

11. Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan daripada Timbalan Menteri di JPM (1982), kemudian Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1983), Menteri Pendidikan (1986), Menteri Kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).

12. Setelah dipecat daripada kerajaan dan UMNO, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu.

13. Sebelum memenangi PRU Ke-14, Pakatan Harapan berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir.

14. Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang? Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

Kalau Rumah Kita Berdinding Kaca
Jangan Melontar Batu ke Rumah Orang

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit


MR :  ............




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. si gila pangkat dan kuasa bila berkata2

    BalasPadam
  2. Pemimpin-pemimpin Melayu liberal yang bersekongkol dengan parti kafir harbi biaDAP adalah seperti ayam pondan yang berlagak sombong berkokok riuh sekampung tetapi ekor ayam tersebut bergelumang dengan tahi.

    Malangnya ada juga kepala bapak Melayu liberal yang menyokong keselamatan Israel dan tidak menyokong negara Islam.

    BalasPadam