Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan pinjam dan mampu bayar balik bon Samurai kata Lim Guan Eng


KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin mampu membayar semula penerbitan bon Samurai dalam tempoh lima hingga 10 tahun.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ini kerana kadar faedah yang ditawarkan kerajaan Jepun terhadap penerbitan bon bernilai RM7.4 bilion itu rendah iaitu hanya 0.65 peratus.

“Apabila kita lihat semula bon ini, kadar yang paling murah kita peroleh untuk lima tahun tetapi disebabkan kerajaan Jepun memberi jaminan dan menghormati Malaysia, maka mereka bersetuju memberi sehingga 10 tahun.

“Jika dalam tempoh lima tahun terlalu singkat untuk kita mengemudi, maka kita ada 10 tahun untuk bayar semula dengan kadar faedah yang memihak kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Belanjawan 2019 bersama Menteri dan Timbalan Menteri di Bangunan Parlimen, hari ini.

Guan Eng berkata, kementerian akan membincangkan penggunaan bon Samurai itu sebelum suku pertama tahun depan dan penggunaannya akan dipelbagaikan.

“Ini termasuk pembiayaan kewangan semula, penggubalan semula pinjaman denominasi asing yang sedia ada dan beberapa projek pembangunan negara, “ katanya.

Kerajaan Jepun sebelum ini menjamin sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun.

Tawaran oleh kerajaan Jepun itu mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penerbitan itu akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.65 peratus dan dijangka terbit sebelum Mac 2019.

MR : Pasal cakap memang kerajaan PH hebat tapi rasanya yang sengsara ialah rakyat KENA BERKORBAN....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. GenYZ-pemikul-beban-tinggalan-babyboomers

    Dahlah hutang lama diletakkan pada 1 trilion, ditambah lagi dengan hutang baru, bertambahlah hutang tersebut. Kalaulah 1 trilion sudah terpekik terlolong "bankrup!" yakni tak mampu dibayar balik, ditambah lagi dengan 0.001 trilion pinjaman baru maka dari mana nak korek wang bagi membayar balik pinjaman yang berjumlah 1++ trilion itu? Dan berapa generasi pulak akan jadi pemikul beban2 tinggalan BN+PH nanti?

    BalasPadam
  2. sebab negeri ini bukan dia punya kalau tergadai pon bukan dia rugi cabut larikechina

    BalasPadam