Header Ads

ads header

Flash News

Lagi desak Moorthy letak jawatan


SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong gesaan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy melepaskan jawatan selepas tular video mengenai kenyataan memburukkan imej negara dengan kenyataan palsu berunsur fitnah.

Naib Presidennya, Nor Halmey Hamdan berkata, Moorthy perlu bertanggungjawab dengan kenyataan beliau sebelum ini dan melepaskan jawatan dalam kerajaan kerana tuduhannya bertentangan dengan prinsip sebagai menteri yang ditugaskan menjaga perpaduan dan kesejahteraan sosial negara.

Menurutnya, Moorthy telah menuduh dan mengkritik kerajaan secara umum tanpa menyebut secara spesifik mana-mana pihak, baik parti atau individu bahawa mereka berlaku zalim dan menindas hak kaum serta penganut agama lain.

"Jadi timbul persoalan akan keperluan beliau untuk berada dalam barisan kerajaan. Secara prinsipnya, beliau harus keluar dari barisan pimpinan kerajaan bagi mengiyakan fitnah jahatnya itu.

"Apa yang dinyatakan di dalam video itu juga secara jelas menunjukkan bahawa beliau menipu dan mahu menggugat keamanan yang telah lama wujud di negara ini.

"Beliau juga secara tidak langsung telah mempertikaikan perkara-perkara asas yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan selain mempersoal kontrak sosial yang sudah dipersetujui sejak sekian lama antara kaum-kaum di Malaysia dalam kerangka asas pembentukan negara termasuk soal hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Halmey berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak wajar memperkudakan kaum India di negara ini dengan menggunakan modal kaum tersebut tertindas sejak sekian lama demi mencapai matlamat jahat menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam.

"Persoalannya, jika benar kaum India tertindas, masakan terdapat 300,000 kuil Hindu di Malaysia berbanding hanya 2 juta penduduk berbangsa India (termasuk bukan beragama Hindu).

"Malah, beliau sendiri tidak mungkin dilantik menjadi timbalan menteri dan menteri penuh dalam dua pentadbiran kerajaan berbeza jika benar kaum India ditindas di Malaysia," ujarnya.

Tambahnya, Moorthy juga cuba mengundang kemarahan Bumiputera di negara ini dengan usaha untuk meratifikasi dan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

"Beliau bersikap angkuh dengan berterusan memperjuangkan ratifikasi ICERD walaupun ramai pemimpin utama kerajaan telah memberi pengesahan bahawa ianya mustahil untuk dilaksanakan.

"Majoriti rakyat melihatnya sebagai suatu usaha menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Bumiputera serta berpotensi menimbulkan kekacauan dan ketegangan kaum di Malaysia," katanya.



-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: