Header Ads

ads header

Flash News

MP pembangkang perlu kebenaran ke sekolah kerajaan kata Maszlee


Menteri Pelajaran Maszlee Malik berkata, ahli parlimen pembangkang yang mahu melawat sekolah kerajaan mesti memohon kebenaran daripada kementerian melalui pengarah jabatan pendidikan negeri.

"Saya telah jawab isu ini berkali-kali dan pekeliling juga menyatakan bahawa sebarang permohonan untuk memasuki kawasam sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada kementerian pendidikan melalui pengarah negeri," katanya semasa ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Noh Omar (BN-Tanjong Karang) kemudian mempersoalkan sama ada dasar itu hanya membabitkan ahli parlimen pembangkang atau kepada semua wakil rakyat.

"Ia untuk semua ahli parlimen pembangkang," kata Maszlee.

Apabila Noh mengasak untuk butiran selanjutnya, menteri itu berkata bahawa beliau akan memberi jawapannya secara bertulis.

Sebelum ini, Sabri Azit (PAS-Jerai) ketika membahaskan ucapan belanjawan di Dewan Rakyat semalam mendakwa bahawa dia dilarang memasuki sekolah kerajaan walaupun adalah seorang ahli parlimen.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin semalam berkata beliau mahu dakwaan itu disiasat kerana dia tidak mahu pembangkang diperlakukan seperti mana dirinya diperlakukan apabila Pakatan Harapan adalah pembangkang.

"Adalah sangat malang sekiranya dakwaan itu adalah benar dan tidak sepatutnya berlaku dalam era kerajaan Harapan. Ini kerap berlaku kepada anggota parlimen pembangkang semasa rejim BN.

"Ini tidak betul dan bercanggah sama rata di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

MR :  Tak nampak beza dengan UMNO sebelum ini


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan