Header Ads

ads header

Flash News

MIC yang kini makin terpencil pun ambil kesempatan bantu mangsa


MIC hari ini menawarkan bantuan guaman percuma kepada semua mangsa yang terlibat dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya sepanjang dua hari lepas.

Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata bantuan itu bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan kekecohan dipercayai melibatkan kumpulan gangster upahan peguam syarikat pemaju tanah tersebut.

“Jika benar apa yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin bajawa ada gangster dibawa syarikat peguam pemaju, ini satu kesalahan undang-undang.

“(Mangsa) perlu tuntut ganti rugi, bukan saja mangsa tetapi struktur yang ada dirobohkan.

"Ada mangsa ditahan, kita kena bagi bantuan guaman kepada mereka jika ada tindakan daripada pihak berkuasa (terhadap mereka).

“Kami sedia bantu orang awam (kerana) mangsa terdiri daripada golongan sederhana. Ada yang tidak mampu,” katanya pada sidang media bersama di parlimen hari ini.

Turut hadir beberapa peguam.

Terdahulu Muhyiddin dalam satu sidang media tidak menolak kemungkinan kira-kira 50 lelaki diupah pihak peguam pemaju untuk mengambil alih kuil berkenaan.

Mereka dipercayai diupah antara RM150 dan RM300 seorang. Ketua kumpulan itu pula dikatakan menerima bayaran sebanyak RM150,000.

Selain itu, Saravanan turut mengumumkan MIC turut membantu mangsa yang dimasukkan ke hospital akibat diserang oleh perusuh terbabit.

Katanya bantuan itu adalah dalam bentuk tanggungan kos rawatan.

“Saya harapkan, dan harapan kaum India (juga), kuil itu dikekalkan (di lokasi asal),” tambahnya lagi.

MR :  MIC ni opportunis...demi survival or political mileage...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan